Cara Untuk Membuatkan Lantai Konkrit Imprint Kembali Bersinar

15,363 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sesiapa disini yang jenis tak kisah lantai dirumah kelihatan pudar dan kering? Ada juga orang yang tak kisah pasal betapa pudarnya lantai namun sesetengah ada yang tak boleh tengok. Kalau boleh nak jer nampak berkilat dan bersinar. Lantai yang bersinar dan berkilat tu antara punca keadaan halaman rumah nampak sentiasa cantik.

Untuk anda yang tak suka tengok permandangan permukaan lantai yang telah pun nampak pudar ataupun kering boleh lah tengok perkongsian yang dikongsikan oleh lelaki bernama Aliff Shafili ini. Perkongsian beliau adalah bagaimana untuk jadikan balik lantai konkrit Imprint dirumah kembali nampak bersinar.

Lantai Konkrit Imprint Kembali Bersinar Dengan Menggunakan Cara Ini Sahaja

Projek MCO 3.0 pantang tengok bende pudar semua bende nak disondolkan dengan cat. Hari tu ade tanye indo kalau upah + barang mau Rm500 jugak. Nie ada mase kite buat sendiri jer. Modal hanyalah RM95 jer untuk 5 liter jer settle masalah

Bahan Yang Diperlukan Untuk Menyinarkan Kembali Lantai Konkrit

Inilah dia cat yang digunakan untuk membuatkan lantai konkrit kebali bersinar. Namun, sebelum tu pastikan campurkan dengan thinner sedikit untuk mendapat kesan yang lebuh bersinar dan nampak cantik.

Kalau tak nak letak thinner pun tak per, teruskan sahaja sapu pada permukaan lantai.

Proses Untuk Membuatkan Lantai Konkrit Kembali Bersinar

Proses mengecat pada permukaan lantai ini sedang dijalankan.

Lantai Konkrit Imprint

Dah cat separuh dah ni. Boleh nampak kan perbezaan lantai yang telah dicat dan juga belum. Kalau belum tu memang nampak kelihatan pudar sangat. Sakit mata memandang.

Tadaaaaa! Akhirnya siap juga proses ini. Berkilat juga akhirnya lantai konkrit imprint ni. Kalau lantai ni pudar balik boleh sahaja teruskan proses ni. Lantai pun tidak licin walaupun telah dicatkan.

Lantai Konkrit Imprint

Sumber : Aliff Shafili

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down