Benda lampu berkelip-kelip susah nak hidup ni sudah pastinya ramai dah yang alami. Cumanya kalau berlaku macam ni selalunya tukar starter atau lampu fluorescent tu jer. Namun, bagi @xovovic beliau menggunakan kaedah direct convert dengan menukarkan lampu tersebut kepada lampu T8 LED Glass Tube.
Kaedah macam ni tak perlu gunakan starter pun. Jadi, mungkin kalau ada yang nak cuba boleh tengok tutorial cara untuk menukar lampu fluorescent ini kepada lampu T8 guna kaedah direct convert sahaja.
Lampu Fluorescent berkelip² pastu lama baru nak ON? ni kalau ada hantu👻👻 kejar dah lama kena cekik🤣🤣 Jom direct convert je ke T8 LED!!
Dari Lampu Fluorescent Kepada Lampu T8 LED Yang Terang
Lampu fluorescent ni lambat sangat nak on dan selalunya berkelip terlebih dahulu. Rasa bosan kan?
Jadi, untuk convertkan lampu tersebut bolehlah ambilkan lampu jenis T8 Glass Tube LED ni. Lampu ni terang dan sesuai sangat untuk kawasan bilik.
Kita guna kaedah direct convert jer. Sebelum tu, bukak lampu yang lama dan keluarkannya.
Seterusnya cabutkan starter pula.
Nampakkan warna hijau ni kan? Pastikan alurnya itu menegak.
Tujuan alur menegak tu adalah untuk senang memasukkan lampu T8 tersebut.
Lepastu on sahaja. Senang kan?
Video Tiktok Mengenai Cara Nak Menukar Lampu Fluorescent Ini
Kredit : @Xovovic