Kepala pili yang sudah lama pasti akan menjadi longgar dengan sendiri. Biasalah kalau kita seorang yang berkerjaya, sudah pasti sentiasa sibuk dan tiada masa untuk periksa masalah yang berlaku di bahagian dapur rumah.
Bayangkan kalau hari-hari kita gerakkan pili itu, pasti lama-kelamaan menjadi longgar. Begitu juga dengan kepala pili ini.
Jadi, kali ini Giler Deco mahu berkongsi satu projek DIY yang menarik dari saudara Mohd Sani Soid. Beliau telah berkongsi mengenai cara DIY kepala pili atas sinki longgar yang cukup mudah.
Untuk melakukan projek DIY seperti ini, tidaklah begitu rumit. Jadi, jom sama-sama kita ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.
Pertama, kenali jenis pili yang digunakan. Pili yang digunakan jenis water tap sink mounted. Yang ini tidaklah begitu rumit, hanya nut pengetat yang sudah longgar dan hanya perlu gantikan dengan yang baru.
Untuk sinki bocor, kita buka dan check dahulu, rupa-rupanya bahagian pemegang skru/nut antara top & bottom drainage sudah patah. Jadi, ada gap dan air bocor.
Seeloknya, kena tukar satu set baru top dan bottom drainage itu. Namun, sebab nak cepat, sementara kita seal saja dengan silikon multipurpose jenis water/weather proof. Asalkan boleh guna dan tidak bocor sudah.
Lain kali boleh tukar seal bahagian top sahaja sebab bahagian bottom berbentuk corong. Jadi, top sudah seal maka air akan mengalir bahagian tengah corong pada bottom.
Gambar di bawah ini kepala pili longgar.
Braket skru/nut patah.
Skru pengetat pili sudah longgar.
Tukar nut pengetat baru.
Lubang singki jenis corong di tengah.
Jenis silikon.
Seal dengan silikon sebelah atas sahaja, jadi air mengalir ke tengah corong di bawah sinki.
Tembak silikon.
Pasang corong atas.
Kemaskan lebihan silikon.
Siap. Inilah hasilnya DIY kepala pili yang longgar dan bocor.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat membantu pembaca di luar sana dalam melakukan DIY pili rumah sekiranya berlaku kebocoran dan longgar. Semoga bermanfaat.