Penggunaan langsir pada kediaman dalaman rumah boleh dikatakan salah satu elemen yang dapat membantu dalam menaikkan lagi seri rumah. Langsir yang bersesuaian boleh menjadikan ruang tamu lebih kelihatan luas dan menarik.
Namun, dalam penghasilan dekorasi rumah sudah pasti perlu mengeluarkan modal. Jika mahu berjimat cermat, apa kata lakukan dengan cara DIY menggunakan barangan dari kedai Mr.DIY dan IKEA sahaja.
Itulah yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Intan Syuhaila. Disebabkan mahu melakukan dekorasi dengan cara murah dan jimat, beliau telah menghasilkan pemasangan langsir dengan caranya tersendiri.
Selain itu, beliau juga sempat berkongsi mengenai cara mudah gantung day curtain bagi memudahkan pembaca untuk melakukannya di rumah.
Jadi, bagi melihat langkah yang dilakukan, boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Kali ini nak kongsi cara mudah dan murah untuk gantung Day Curtain pula.
Masih menggunakan Rod putih itu, beli dekat kedai Mr.DIY dan Day Curtain itu beli dekat IKEA.
Boleh tengok gambar di bawah ini untuk langkah-langkah.
Moga bermanafaat buat semua.
Barangan yang akan digunakan.
Potong panel ini mengikut saiz tempat yang ingin dipasang langsir tersebut.
Letakkan rod tersebut pada penyepit. Cara seperti ini hanya sesuai untuk penggunaan langsir ringan sahaja kerana ianya cuma guna double tape untuk lekatkannya pada bahagian dinding.
Langsir yang digunakan di bawah ini adalah dibeli dari IKEA.
Langsir mula digantung.
Langsir selesai digantung dan beginilah hasilnya. Sangat ringkas dan menarik boleh dilakukan oleh semua golongan.
Jenama langsir yang dibeli. Boleh dapatkan di IKEA.
Itu sahaja perkongsian ringkas dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada semua pembaca di luar sana.
Selamat mencuba.