Tidak dinafikan pada masa kini, lantai vinyl merupakan lantai yang paling laris terjual. Hal ini kerana, pemilik rumah sangat sukakan dekorasi dengan menggunakan lantai jenis ini.
Bukan itu sahaja, faktor utama lantai ini disukai ramai adalah kerana kaedah pemasangannya tidaklah begitu rumit dan simple. Memang ianya mudah untuk dipasang. Namun, jika tersalah cara, ia akan dapat memberi kesan kepada kesihatan kita sendiri.
Jadi kali ini, Giler Deco mahu berkongsi mengenai cara pasang lantai vinyl viral secara DIY dengan betul. Untuk mengetahui langkah pemasangan dengan lebih lanjut, jom terus ikuti di bawah ini.
Di sini saya ingin sampaikan beberapa cara dan tips pemasangan lantai vinyl ini.
Tips dan Cara Pasang Lantai Vinyl:
Kalau boleh guna gam acrylic vinyl kerana gam yang baik adalah dari syarikat pengeluar vinyl itu sendiri.
Hal ini kerana, gam acrylic vinyl tidak membahayakan kesihatan dan jangan sesekali menggunakan gam dunlop ( contact glue) kerana ianya boleh menyebabkan penyakit stroke.
Buka dahulu hujung kotak vinyl itu sebelum 48 jam pemasangan. Ini adalah untuk menyesuaikan vinyl itu dengan suhu keadaan bilik anda.
Gunakan trowel bergigi 2 mm untuk dijadikan sapuan gam tersebut. Hal ini adalah untuk memastikan gam itu melekat dengan sempurna.
Boleh beli di sini: https://shope.ee/8zbdKJMU5I
Benda yang paling penting adalah pastikan lantai simen yang mahu dipasang itu betul-betul kering terlebih dahulu. Kalau boleh, vakum dahulu untuk memastikannya ianya kering, barulah pasang lantai vinyl.
Jika tidak tahu macam mana mahu pastikan ianya betul-betul kering, ambil cawan dan telungkupkan atas lantai dan biarkan selama 48 jam. Jika wap terkumpul banyak pada cawan itu bermakna lantai rumah tidak betul-betul kering.
Antara sebab kenapa pemasangan lantai vinyl ini bermasalah adalah kerana lantai yang tidak rata dan ponding.
Pastikan beli vynil yang berkualiti, kalau boleh survey betul-betul dahulu baru beli. Jangan harapkan harga yang murah, pilihlah kualiti dahulu bukan harga.
Ini adalah contoh rumah yang sudah siap dipasang lantai vynil.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.
Kredit: Awisqarni Zulkiflee