Cara Hasilkan Wainscoting Cermin Pada Ruang Makan

12,641 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rumah yang kelihatan ceria dan menarik sudah pasti hasil air tangan pemilik rumah yang sentiasa mahukan kediamannya kekal menawan.

Sebenarnya, untuk menjadikan rumah kelihatan menarik tidak memerlukan bajet yang besar, jika kena dengan caranya, berbekalkan bajet bawah RM500 pun boleh menjadikan kediaman rumah nampak mewah.

Seperti yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Yusrie Hamid, beliau telah berkongsi cara hasilkan wainscoting cermin pada ruang makan rumahnya.

Jadi, jom ikuti perkongsian dengan cara DIY yang menarik ini.

Cara Hasilkan Wainscoting Cermin Pada Ruang Makan

Selepas bertarung hampir 8 jam. Hasil belajar dari idea-idea group ini.

Kos tak habis rm500.00 untuk semua ini. Puas hati sampai kasi bini senyum.

Nampak senang tapi boleh tahan susah.

Langkah 1:

Potong wainscoting tersebut dengan menggunakan mitre box.

Cara Hasilkan Wainscoting Cermin Pada Ruang Makan

Langkah 2:

Cantumkan wainscoting PVC supaya membentuk frame. Beliau memilih untuk menggunakan wainscoting jenis PVC daripada kayu. Namun, itu semua bergantung kepada minat masing-masing.

Cara Hasilkan Wainscoting Cermin

Langkah 3:

Sapu gam Xbond Vital Nails pada wainscoting tersebut sebelum dilekatkan pada dinding.

Cara Hasilkan Wainscoting Cermin Pada Ruang Makan

Langkah 4:

Setelah frame ditampal, pastikan lekatkan dengan tape supaya ianya kekal pada posisi yang dimahukan.

Wainscoting Cermin

Langkah 5:

Tanda dahulu kawasan yang ingin dipasang cermin wainscoting itu dengan menggunakan tape.

Cara Hasilkan Wainscoting

Langkah 6:

Tampal frame wainscoting tersebut dan pastikan ia disapu dengan sealant.

Cara Hasilkan Wainscoting Cermin

Langkah 7:

Pasang cermin di dalam frame yang telah disediakan itu.

Cara Hasilkan Wainscoting

Langkah 8:

Cermin selesai dipasang. Cermin ini sudah ada double tape. Jika ingin lebih kuat, boleh tambah gam silikon kayu sikit pada belakang cermin itu.

Cara Hasilkan Wainscoting Cermin Siap

Wainscoting pada bahagian bawah setelah siap sepenuhnya dipasang.

Cara Hasilkan Wainscoting Cermin Pada Ruang Makan

Inilah hasil setelah projek dekorasi selesai dilakukan pada bahagian dinding ruang makan miliknya. Barulah dinding nampak lebih berseni.

Wainscoting Cermin Ruang Makan

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down