7 Cara Kreatif Untuk Sorok Wayar Kabel TV

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Tentu anda rasa rimas dan serabut kan tengok wayar kabel TV pada ruang tamu? Bukan itu sahaja, ia juga boleh membahayakan kepada penghuni di dalam rumah dan juga pada haiwan peliharaan.

Jika anda baru membeli TV baharu tentu anda tidak mahu berbelanja lebih semata-mata untuk sorok wayar kabel TV tersebut.Lebih-lebih lagi kalau anda berada di rumah apartment atau kondo yang bukan milik anda, ianya agak sukar untuk anda menebuk dinding ruang tamu tersebut.

Namun, terdapat beberapa cara kreatif dan mudah untuk anda menyelesaikan masalah tersebut. Kami telah mengumupulkan kaedah yang anda boleh gunakan untuk sorok wayar kabel TV rumah anda. Jom kita lihat!

Kaedah Untuk Sorok Wayar Kabel TV

1. Tutup dengan fabrik

sorok wayar kabel tv dengan fabrik

Salah satu cara kreatif untuk sorok wayar kabel TV anda adalah dengan menutup dengan fabrik. Namun, anda haruslah mencari fabrik yang sesuai dengan warna dinding dan perabot di ruang tamu rumah anda. Mungkin menarik jika anda memadankan fabrik ini dengan corak atau warna langsir ruang tamu anda.

Untuk bingkai, anda memerlukan empat stud yang perlu anda pasangkan antara satu sama lain dengan skru atau anda juga boleh menggunakan gam yang kuat untuk mendapatkan bentuk segi empat tepat.

Seterusnya, anda perlu melekatkan fabrik pada bingkai kayu dengan staplers atau gam dan potong lubang pada pelekap TV. Gunakan penyangkut gambar atau wayar (jika bingkai ringan) untuk menggantung bingkai pada dinding.

Semua wayar TV akan berada di belakang bingkai dan sangat mudah untuk capai.

2. Pasang 'Raceway' dan cat dengan warna yang sama dengan dinding

Selain itu, menggunakan raceway juga adalah salah satu penyelesaian yang paling baik untuk sorok wayar kabel TV. Anda boleh membeli raceway ini secara online atau di kedai. Kebanyakkan raceway diperbuat daripada plastik dan mempunyai jalur pelekat yang membolehkan pemasangan mudah dan cepat pada dinding tanpa menggunakan skru.

Kebiasaannya, warna raceway adalah putih dan jika dinding anda mempunyai warna yang berbeza, anda perlu mengecatnya terlebih dahulu supaya ia nampak sebati dengan dinding. Sebelum anda mengecatnya, jangan lupa untuk membersihkan raceway dengan air suam dan sabun pencuci pinggan mangkuk untuk menghilangkan sebarang gris atau kotoran.

Wall Raceway

Datang dalam 4 warna, pink, kelabu, hijau dan putih dan dapat memuatkan sehingga 5 jalur wayar. Kini dinding anda nampak lebih kemas tanpa wayar TV atau speaker yang berselirat.
Beli di Shopee

3. Sorok wayar TV di belakang objek lain

Cara yang paling senang sekali untuk sorok wayar kabel TV adalah dengan meletakkan beberapa barang hiasan rumah, bingkai gambar, tumbuhan atau buku di atas meja atau rak pada bawah TV untuk menutupi wayar tersebut seperti di dalam gambar di atas.

Pastikan anda tidak meletakkan barang dekorasi tersebut secara rawak di bawah TV. Ia haruslah kelihatan semula jadi dan sesuai dengan persekitaran.

4. Jadikan ia sebagai seni pada dinding

Sekiranya anda minat dengan seni dan seorang yang kreatif, apa kata anda mencipta apa sahaja bentuk yang hanya mengunakan wayar kabel TV atau sebagainya. Lebih panjang wayar tersebut, tentu lebih menarik!

Sebelum anda memasang wayar tersebut, lukis garis pada dinding dengan pensil terlebih dahulu supaya mudah untuk dipadamkan. Ukur panjang kord atau wayar kabel dan rancang karya seni dengan sewajarnya. Anda boleh memasang wayar pada dinding dengan klip dinding atau pita pelekat.

5. Penyamaran kord dan kabel TV

Kaedah ini lebih kurang sama dengan menukar wayar kabel TV menjadi seni pada dinding tetapi penyamaran ini tidak akan semua yang tahu itu adalah kabel TV kerana anda boleh menggunakan sebarang kombinasi hiasan rumah untuk menyamarkan kabel anda.

Anda haruslah memerlukan sedikit imaginasi jika anda memutuskan untuk sorok wayar kabel TV anda dengan cara ini. Walaupun prosesnya agak sukar tetapi ia akan memberikan hasil yang gempak dan menarik!

6. Guna kotak penyimpanan kabel

Seterusnya, anda juga boleh menggunakan kotak pengurusan kabel untuk sorok wayar kabel TV. Kotak plastik ini cukup besar dan amat mudah untuk anda sorok wayar kabel TV anda dan juga sebagai pelindung untuk wayar kabel anda.

Pastikan anda mencari kotak pengurusan kabel yang mempunyai lubang pada sekeliling tepi kotak tersebut supaya anda boleh tambah kabel lain dalam arah yang berbeza. Beli yang ada penutup supaya ia tidak terdedah kepada kanak-kanak dan haiwan peliharaan. Anda boleh dapati kotak pengurusan kabel tersebut dalam pelbagai saiz dan warna.

Cable Organizer Storage Box

Nak sorokkan kepala plug, tetapi masih dapat akses suis? Box ini dapat membantu anda. Datang dalam 2 saiz dan 2 warna, hitam dan putih, sesuai untuk diletakkan di bilik kerja atau ruang tamu anda.
Beli di Shopee

7. Gunakan klip kord untuk menyembunyikan wayar TV anda

Jika TV anda terletak di atas meja, anda boleh menyembunyikan wayar anda dengan mudah menggunakan klip kord seperti gambar di atas. Klip pastik kecil ini biasanya mempunyai sandaran pelekat, jadi anda boleh melekatkannya pada bahagian belakang perabot.

Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan meletakkan klip kord ini pada sekeliling perabot anda. Cara ini bukan sahaja dapat memastikan wayar kabel anda teratur malah dapat menghalangnya daripada kusut dan mudah untuk dicapai.

Klip Wayar

Untuk adik-adik yang nak kemaskan wayar berselirat di bilik asrama atau dorm anda, klip wayar sebegini merupakan solusi yang menjimatkan. Pasangkan juga organizer untuk kabel USB pada meja belajar anda.
Beli di Shopee

Kesimpulannya, terdapat banyak cara untuk anda menyembunyikan wayar TV anda tanpa perlu memotong dinding. Anda boleh memilih cara mana yang sesuai dan menarik bagi anda. Dengan menyembunyikan kabel TV anda, ia bukan sahaja dapat menjadikan ruang tamu anda atau mana-mana bilik lain menjadi teratur dan bersih tetapi ia juga dapat menjadikan ruang tersebut lebih selamat bagi kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Dalam pada itu, jangan lupa jarak antara TV dan sofa di ruang tamu juga perlu diberi perhatian ya untuk keselamatan dan memelihara kesihatan penglihatan anda.

Setakat ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco, semoga ia dapat memberi idea kepada anda yang ingin menyembunyikan wayar kabel TV anda!

Selamat Mencuba!

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down