Cara Untuk Akses Ke Bilik Tangki Air Yang Kemas Dan Tersusun

317 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Tahukah anda bahawa kedudukan tangki air pada setiap rumah ini adalah berbeza? Ada sesetengah rumah tangki air berada diluar dan juga sesetengah berada didalam rumah. Mana yang lebih terbaik adakah berada diluar atau didalam? Sudah semestinya diluar kerana senang untuk di selenggara dan cuci tangki tersebut.

Namun, untuk tangki dalam rumah pula sudah semestinya susah sedikit. Jadi, alternatif yang boleh dilakukan adalah dengan membuat bilik tangki air ini macam dikongsikan oleh Atam Kayu ini. Bukan sahaja ada ruang tangki nak bersih atau baiki tetapi siap dengan projektor lagi.

Nak tengok keadaan bilik tangki air ini dan bagaimana untuk akses bilik tersebut boleh tengok dan baca artikel dibawah.

Cara Untuk Akses Ke Bilik Tangki Air Siap Ada Projektor Yang Tersusun Dengan Kemas Rapi

Oleh kerana ramai juga currious, binggung dan tertanya² macamana boleh jadi 7 bilik dan macamana boleh acsess ke tangki air.

Meh saya bawa anda semua naik bersama² melihat cara² saya masuk ke tangki air ni. Malam ni, kami akan menyaksikan abpbh atas ni atau menonton wayang di sini. Kuaci dah beli..kikiki. Jom terjah sama²

Laluan Untuk Pergi Ke Bilik Tangki Air Yang Berada Atas Loteng Rumah

Dari ruang makan. Menuju ke bilik no 3, loteng bilik anak lelaki (the only sonshine) dan tangki air

Dari pintu kecik masuk

Bucu sana tangki air. Basikal tipu2 senam dan sauna untuk pameran.

Bilik Tangki Air

Dinding tepi tingkap2 bilik ada 1 compresor ekon bilik anak2 perempuan. Kalau kami duk atas ni econ bilik tak pasang la. Satg haba panas pula atas ni cukup sejuk dah sebab atap tinggi terbuka sisi.

Barang stor yang dah banyak disisihkan. Simpan apa yang perlu saja.

Bilik Tangki Air

Dari dinding tepi, pintu/tingkap. Cukup untuk orang beso 120kg pon leh masuk.

Abaikan pokok dah mati sebab tak sempat siram. Tu pintu dari rang loteng.

Bilik Tangki Air

Lagi bukti pintu/tingkap.

Ramai yang tanya label dan barang apa yang disimpan.

Bilik Tangki Air

Senang tampal kertas sebab bila sisihan barang2 dalam ni sntiasa bertukar. Boleh cabut dan label lain.

Bilik Tangki Air

Projektor untuk wayang. Cuma hala dinding je. Paip untuk cuci2 tangan atau siram pokok tapi jarang guna. Buat untuk kecemasan je.

Bilik Tangki Air

Kredit : Atam Kayu

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down