Cara Untuk Menggunakan Cat Epoxy Yang Betul Dan Tepat

11,412 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Cat epoxy semestinya merupakan pilihan orang ramai terutama rakyat Malaysia dalam membuat kemasan lantai. Dan disebabkan cat ini yang semakin popular, ramai sudah pun menggantikan tikar getah dengan cat epoxy ini untuk dekorasi dirumah.

Tikar getah kebanyakkan mempunyai pelbagai masalah dan sering berlaku kerosakkan. Antaranya ialah masalah tikar yang mudah menggelembung, mudah terkoyak dan juga selalu beralih daripada posisi asal. Ini memang meresahkan Man Masyitah.

Man Masyitah yang sudah pun beralih ker cat epoxy menyatakan bahawa dia tidak lagi perlu menggunakan tikar getah. Beliau juga telah menunjukkan cara untuk menggunakan cat epoxy yang betul. Hasil juga kemas dan cantik.

Cara Menggunakan Cat Epoxy Dengan Betul Demi Hasil Yang Lebih Kemas & Cantik

DARI TIKAR GETAH LAMA YANG KOYAK RABAK, TUKAR KEPADA CAT EPOXY UNTUK LEBIH JIMAT DAN CANTIK.

Pertama Kali Mengecat Cat Epoxy

Saya pun baru 1st time cat epoxy ni dekat rumah yang saya sewa ni sebelum ni pon pakai tikar getah jer. Idea ni dapat dari member kita jugak dalam group ni.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

  • Epoxy Ivory Heavy Duty 5 Liter
cara menggunakan cat epoxy

Cara Penggunaan Cat Epoxy Yang Betul

1. Firstly, sapukan bersih permukaan yang hendak dicat. Pastikan permukaan lantai betul-betul kering dan tidak basah.

2. Bancuhkan cat epoxy tersebut dengan epoxy hardener. Pastikan cat ini habis digunakan selepas dibancuh kerana cat ini akan mengeras dengan cepat.

3. Sapukan cat terlebih dahulu pada bahagian sisi menggunakan berus kecil. Kemudian, cat kan pada bahagian tengah menggunakan roller.

cara menggunakan cat epoxy

4. Untuk bahagian kering pula, cat epoxy mengambil masa 2 jam untuk kering. Namun untuk hasil yang lebih cantik, pastikan biar selama 1 hari untuk pastikan cat tersebut kering betul-betul.

Gambar Sebelum & Selepas Guna Cat Epoxy

Boleh nampakkan perbezaan menggunakan cat epoxy ini. Lantai nampak licin dan berkilat jer. Warna epoxy juga terdapat banyak pilihan antaranya ialah kelabu, hijau, kuning dan banyak lagi.

cara menggunakan cat epoxy

Memang saya galakkan untuk menggunakan cat epoxy ini untuk menggantikkan tikar getah. Banyak kebaikkan cat epoxy ini.

cara menggunakan cat epoxy

Sumber : Man Masyitah

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down