Nak membuat kerja-kerja menghasilkan deco bahagian rumah sewa ini bukannya senang dan mudah. Ia memerlukan kesabaran dan juga daya pemikiran yang kreatif untuk membuat sesuatu susunan perabot dan memilih barang untuk deco.
Macam yang dilakukan sepasang suami isteri ini yang telah pun melakukan satu deco bahagian rumah sewa mereka yang hendak disewakan. Perkongsian tersebut telah dikongsikan oleh Nur Diyana didalam facebook beliau.
Rumah sewa tersebut dilengkapi dengan empat bilik, dua ruang tamu dan siap ada aircond. Giler Deco hari ini ingin berkongsikan dengan anda semua hasil deco bahagian rumah sewa yang dilakukan oleh Nur Diyana dan suaminya. Jom kita tengok hasil mereka.
Assalamualaikum & Salam sejahtera buat kawan kawan semua. Harini saya nak share hasil dekorasi yang dilakukan sepenuhnya oleh saya dan suami
SEBELUM
Ini la keadaan masa suami duduk awal awal tu, asal boleh ek. Saya tanya jugak suami kenapa tidur kat ruang tamu dulu, bilik kan banyak. Dia kata saja saja tidur ruang tamu sejuk sikit. Padahal takut nak tidur sorang
SELEPAS
Kawasan menonton TV yang ringkas tapi berfungsi penuh adalah matlamat utama kami. Memandangkan saya dan suami jarang benar ada masa untuk tengok TV, kami tak beli rak tv dan TV bersaiz besar pun.
SEBELUM
SELEPAS
Bagi ruang makan, kami pilih set meja makan yang paling bajet bagi set kerusi 6 lengkap dengan meja. Aksesori tambahan di meja makan hanyalah alas meja rona putih dari Ikea dan lampu pendant. Sangat berbaloi.
SEBELUM
Keadaan sebelum laluan pintu masuk semasa kami cuci rumah.
SELEPAS
Dropzone ini saya akui banyak membantu untuk kehidupan yang lebih teratur dan mengelakkan kita menjadi terburu buru.
Di sini boleh kita letakkan segala keperluan penting sebelum keluar rumah seperti yang saya nyatakan di atas.
GAMBAR PENUH DECO RUANGAN RUMAH SEWA
Gambar penuh keseluruhan hasil deko. Ruang tamu dibahagikan kepada ruang menonton,ruang makan dan ‘’dropzone’’ di entrance masuk.
Sumber : Nur Diyana