Idea Deco Rumah Kos Rendah Ruang Terhad Bertemakan Putih Timeless

11,384 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sudah menjadi impian setiap pemilik rumah untuk memiliki rumah kediaman yang cantik dan selesa. Walaupun rumah yang dihuni pada ketika ini kelihatan sangat lusuh dan lama, itu tidak bermakna ianya akan kekal kelihatan seperti itu.

Perkara tersebut dibuktikan oleh wanita ini yang bernama Zuriati Abdullah. Beliau telah berjaya deco rumah kos rendah ruang terhad miliknya itu bertemakan konsep putih yang cukup cantik iaitu Timeless.

Apa yang membuatkan perkongsian kali ini menarik adalah disebabkan konsep dekorasi yang dilakukan sangat simple dengan hanya menggunakan dua warna sahaja iaitu warna putih pada bahagian ruang tamu dan warna hitam putih pada bahagian ruang dapur. Namun, ianya kelihatan sangat wow!

Jadi, jom sama-sama kita lihat keadaan sebelum dan selepas dekorasi rumah dihasilkan.

Idea Deco Rumah Kos Rendah Ruang Terhad

Keadaan sebelum dan selepas rumah kos rendah dibeli. Rumah kecil terpaksa main warna putih supaya nampak mewah.

Keadaan ruang tamu rumah semasa dibeli. Jelas kelihatan agak sederhana dan lusuh.

Deco Rumah Kos Rendah Ruang Terhad

Keadaan ruang tamu rumah setelah selesai diubahsuai dengan bertemakan warna putih.

Deco Rumah Kos Rendah Ruang Terhad

Bahagian tangga sebelum diubahsuai, kelihatan agak berserabai di situ.

Deco Rumah Kos Rendah Ruang Terhad

Bahagian bawah tangga selepas diubahsuai. Jauh perbezaan jika dilihat keadaan sebelum dan selepas. Cukup cantik dan menarik.

Deco Rumah Kos Rendah Ruang Terhad

Keadaan ruang tamu menonton tv dengan deco simple tapi cukup kemas.

Deco Rumah Kos Rendah Ruang Terhad

Keadaan ruang bahagian dapur sebelum diubahsuai.

Deco Rumah Kos Rendah Ruang Terhad

Ruang bahagian dapur selepas diubahsuai. Walaupun hanya menggunakan tema warna hitam dan putih sahaja, namun, sudah cukup menghasilkan satu dekorasi rumah yang kelihatan ceria.

Deco Rumah Kos Rendah Ruang Terhad
Deco Rumah Kos Rendah Ruang Terhad

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana semua.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down