Anda tentu idamkan deko bilik tidur simple tapi cantik, kan?
Bilik tidur yang kemas dan selesa sebenarnya mampu memberi ketenangan kepada anda dan tidak menganggu kualiti tidur anda. Sudah tentu ia menjadi sesuatu yang menyeronokkan apabila kita pulang dari kerja dan lihat bilik tidur kita kemas dan menarik.
Namun, tentu anda tertanya-tanya ada ke cara deko yang paling simple untuk hias bilik tidur tanpa menggunakan bajet yang tinggi? Ya lah, tak semua orang gemar deko bilik ala hotel, kan?
Tentulah ada! Terdapat banyak barang atau peralatan yang sangat murah dan berpatutan yang anda boleh beli dan letakkan di dalam bilik tidur anda.
Anda juga boleh DIY sahaja sama ada menggunakan peralatan yang baru atau kitar semula peralatan yang dah lama atau yang sudah tidak digunakan lagi. Pasti lagi jimat! Di sini kami telah senaraikan beberapa peralatan yang anda boleh beli atau DIY untuk deko bilik tidur simple anda.
Anda boleh gunakan penyangkut baju seperti ini untuk menyangkut baju atau meletakkan barang-barang lain seperti kasut, beg tangan atau topi. Boleh dapatkan di Ikea atau beli di Shopee dan pasang sendiri, lagi jimat!
Tapi kalau baju banyak-banyak tu, gunalah besi penyangkut yang kukuh seperti IKEA Mulig atau anda boleh DIY sendiri menggunakan bracket dan rod aluminium.
DIY rak menggunakan rak Kallax Ikea untuk menyusun dan menyimpan baju yang berlipat. Anda juga boleh gunakan bekas yang tertutup dan diletakkan pada rak tersebut untuk menjadikan rak tersebut nampak lebih kemas.
Untuk deko bilik tidur simple, benda yang penting sekali adalah memastikan bilik tidur anda dalam keadaan kemas dan tidak berselerak. Anda boleh gunakan organizer seperti ini untuk menyusun alat makeup di dalam laci supaya mudah untuk dicapai dan tersusun kemas. Selain daripada simpan alat makeup, anda juga boleh gunakan organizer ini untuk menyimpan stokin atau underwear.
Jika anda mempunyai beg tangan yang banyak dan tak tahu nak simpan mana taknak bagi habuk, apa kata anda guna clear bag hanger storage ni. Sangat mudah dan kemas untuk simpan beg tangan. Tali beg pun tidak akan mudah rosak kalau simpan macam ini.
Kebiasaannya, sejadah dan telekung anda akan lipat atau sangkut pada hanger je kan? Apa kata anda jadikan ia kelihatan lebih menarik dan kemas dengan menggunakan ladder kayu ni untuk letakkan sejadah dan telekung dan sandarkan ia pada dinding. Nampak macam aesthetic, kan?
Jika anda tidak mempunyai katil, jangan risau! Anda boleh gunakan kayu pelet untuk dijadikan platform katil lepas itu dah boleh letak tilam. Sangat jimat dan selesa seperti berada di atas katil.
Untuk jadikan katil anda lebih cantik, apa kata anda DIY je headboard menggunakan kayu pelet.
Cari cadar berwarna lembut dan cerah untuk jadikan bilik tidur anda lebih luas dan sejuk. Antara warna cadar yang menjadi kegilaan ramai adalah warna putih dan cadar bercorak pastel.
Untuk deko bilik tidur simple anda juga boleh hias dan serikan bilik tidur anda dengan lampu fairy light sebagai pencahayaan tambahan bilik tidur. Lampu ini kebiasaannya orang pasang pada cermin atau dinding.
Untuk jadikan bilik tidur anda lebih menarik, pasangkan lampu LED pada headboard katil anda, anda pasti teruja dengan konsep ini kerana bilik anda akan kelihatan moden.
Selain itu, anda juga boleh hiaskan bilik tidur anda dengan starry projector night light. Bilik tidur anda akan kelihatan sangat meriah dan konsep ini sangat sesuai untuk orang yang suka dengan konsep alam semesta.
Anda boleh dapatkan meja dan kerusi study ini di IKEA, warna putih sangat sesuai untuk ruang study kerana ia kelihatan lebih bersih dan simple.
Wall grid ini pula anda boleh guna untuk menyimpan nota nota atau alat tulis. Anda juga boleh hias wall grid ini dengan bunga hiasan.
Untuk kelihatan kemas dan rapi, anda boleh menyimpan charger wire smartphone anda dalam plug cable storage.
Untuk mengecas smartphone, anda boleh sediakan tempat tetap dengan memasang phone holder supaya smartphone anda tidak mengganggu ruang kerja anda.
Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco pada kali ini. Semoga ia dapat membantu anda deko bilik tidur simple dengan menggunakan kos yang rendah. Bilik tidur yang selesa dan menarik juga dapat membantu meningkatkan kualiti tidur anda.
Semoga bermanfaat!