Setiap rumah sudah pastinya menginginkan sebuah dapur yang cantik, menarik dan sedap dipandang apabila melihatnya. Dapur yang berterabur dengan susunan tidak kemas siapa nak pandang, kan? Dekorasi ruang dapur adalah penting walaupun ianya hanyalah sekadar dekorasi bajet atau mahal.
Seperti yang dikongsikan oleh Fatin Farhana, beliau kongsikan dekorasi ruang dapur rumah beliau yang dihiasi dengan cantik. Selain itu, tema yang diterapkan pada ruang dapur ini adalah berkonsepkan "open kitchen".
Jika anda sedang mencari inspirasi untuk ruang dapur atau juga ingin melihat dekorasi bajet ruang dapur milik Fatin Farhana, jom kita lihat perkongsian daripada beliau ini. Anda tentu akan menyukainya.
Assalamualaikum
Hai ko orang mungkin ada yang tahu dapur hana sebelum ni kan rumah yang disewakan dan peyewa adalah perempuan. Ini baru dapur nanti kita tunjuk tandas pulak jangan ada yang mutah sudah
Masa masuk rumah ni serius rasa tak selesa betul jadi kami upah orang untuk cuci dan bersihkan dan taraaaaa jadi lah seperti ini rasa cantik lah sikit dari sebelum ini kan. Jadi hana akan kongsikan susun atur dapur ini.
Semoga perkongsian & penulisan ini bermanfaat untuk semua.
Dekorasi Ruang Dapur Yang Bajet Berkonsep "Open Kitchen"
Nak tunjuk sikit ruang dapur yang dahulu ini. Ni kawasan sinki pun dah kelihatan macam ni. Kalau ruang yang lain, tak tahulah.
Terus sahaja kepada hasil dekorasi ruang dapur bajet yang dilakukan ini. Ini adalah tempat bahagian sudut dapur untuk meletakkan apa-apa rak.
Rak ni penting untuk sususan balang atau apa-apa agar kelihatan kemas dan tersusun.
Haaaaaa. Ingat yang gambar pertama tadi ada tunjuk keadaan sinki yang sebelum dekorasi dilakukan. Inilah dia hasil bahagian sinki selepas dekorasi ruang dapur ini dilakukan. Cantik tak?
Sangat kemas dan teratur dekorasi ruang dapur rumah beliau. Kalau macam ni, tiap-tiap hari mesti rajin nak masak. Tak perlu bajet yang mahal pun untuk deko dapur, cukup lah hiasan dan rak-rak yang tersusun kemas supaya dapur kita kelihatan bersih dan selesa.
Setakat ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco. Semoga bermanfaat!
Sumber : Fatin Farhana