Dekorasi Brick Painting Walls Yang Dilakukan Secara DIY

24,653 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Dekorasi untuk setiap dinding setiap hari semakin popular. Antara dekorasi yang popular untuk dekorasi dinding adalah antara wainscoting dan juga shiplap wall. Namun, pernah atau tidak anda mendengar dekorasi yang terbaharu iaitu "Brick Painting Walls" yang terbaharu?

Sepasang suami isteri ini telah melakukan perubahan pada dinding rumah mereka dengan dekorasi brick painting walls yang terbaharu secara DIY. Seorang pengguna facebook Farah Hisyam telah berkongsi projek beliau menghias dinding dengan membuat brick painting.

Beliau juga menyatakan kos keluruhan dalam membuat brick painting ini adalah tidak lebih RM150 sahaja. Ia merupakan kos yang bajet dan tidak mahal. Sesuai untuk sesiapa yang ingin membuat dekorasi ini namun pada harga bajet. Jom kita tengok perkongsian beliau.

Dekorasi Brick Painting Walls Secara DIY Dengan Harga Bajet Serendah RM150 Sahaja

Saya nk share project feature wall yang kami laki bini buat. We choose #diybrickpainting utk rumah kecil kami.

Nak upah contractor mahal, jadi kami gagahkan diri buat sendiri. Sampai nk demam2 buat benda alah ni

Kos tak sampai RM150 pun, tp effort tu yg mahal

CARA MEMBUAT DEKORASI "BRICK PAINTING WALLS"

  1. Lukiskan dahulu garisan pada dinding.
  2. Lekatkan sellotape mengikut garisan yang telah anda lukis.
  3. Bancuhkan serbuk plaster ceiling dan tampalkan pada dinding.
  4. Tanggalkan sellotape keika plaster tersebut masih basah, akan nampak bentuk brick yang cantik
  5. Biarkan plater ceiling itu kering
  6. Cat mengikut warna pilihan anda.
dekorasi brick painting

Warna yang kami gunakan untuk membuat brick painting walls

1. Nippon paint 2058a firelight cc super matex

2. Jotun essence easy clean code 2059 brick red

HASILNYA!!

dekorasi brick painting
dekorasi brick painting

Macam mana dengan perkongsian ini? Mesti anda juga ingin melakukan dekorasi ini juga kan? Giler Deco berharap anda terlebih dahulu mengambil inspirasi dan juga ilham sebelum membuat dekorasi dinding ini. Semoga berjaya semua.

Sumber : Farah Hisyam

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down