Dekorasi dinding batten pada ruang tamu rumah cukup terkenal dengan corak yang menyerupai pagar, ia sering dihasilkan pada bahagian dinding bawah sebagai pelengkap dekorasi sesebuah rumah.
Kebiasaanya, penghasilan dinding batten ini dilakukan dengan menggunakan kayu siling, tetapi kali ini, ia dihasilkan hanya dengan menggunakan casing pvc sahaja.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikuti perkongsian menarik dan kreatif ini.
Ok siap battern wall guna casing pvc.
Deco jimat cermat
Tema putih dan kelabu
Bahagian dinding sewaktu ingin dilakukan pemasangan dinding batten.
Casing pvc ini dilekatkan dengan menggunakan gam Xbond.
Gambar penuh setelah ia selesai dilekatkan pada dinding ruang pintu masuk. Seterusnya proses mengecat pula.
Inilah hasil dinding ruang tamu selepas di cat.
Konsep tema yang digunakan adalah White & Grey.
Walaupun coraknya sangat simple dan tidak terlalu menonjol, namun, ia mampu membuatkan sesebuah ruang yang suram itu bertukar menjadi konsep lebih ceria dan menarik.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.