Dekorasi Mix & Match Rumah Sewa Yang Cantik

6,465 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Apabila menyewa di rumah sewa ini kadang-kadang sesetengah penyewa pastinya tidak mahu rumah tersebut direnovasi atau diubahsuai secara besar-besaran. Namun, itu tidak menjadi masalah kepada anda kerana anda boleh lakukan dekorasi mix & match rumah sewa yang cantik.

Nur Ayienn menyatakan tidak boleh melakukan renovasi rumah yang disewa secara besar-besaran. Jadi, beliau membuat dekorasi mix & match yang terdiri daripada pelbagai barang. Antaranya ialah barangan IKEA, SSF, Romantika, Kaison, Shopee dan banyak lagi.

Beliau telah berkongsikan hasil dekorasi rumah tersebut didalam facebook beliau di grup Deco Rumah Sebelum Selepas. Perkongsian beliau mendapat reaksi yang sangat baik daripada ahli grup tersebut. Jom kita tengok hasil dekorasi mix & match rumah sewa beliau.

Dekorasi Mix & Match Rumah Sewa Yang Cantik & Simple

Rumah sewa pertama kami, kecik dan comel jaa. Dalam masa 3bulan kami laki bini berdua siapkan semuanya.

Alhamdulillah beli sikit2 and everything saya rasa dah cukup complete! Deco kami simple and modern jaa. Cantik tak ? Since rumah sewa tak boleh lah kami suka2 hati nak renovate kan. Kami banyak beli barang kat SSF, Romantika, Kaison, Ikea, Shopee, dan ada juga yang custome made ya

Keadaan Rumah Sewa Yang Asal

Keadaan Rumah Selepas Dekorasi Mix & Match Dilakukan

Inilah dia hasil selepas kami melakukan pelbagai barangan mix & match yang kami beli. Jika tidak boleh buat renovasi, kita deko jer sampai cantik.

Ini adalah bahagian ruang tamu kami.

dekorasi mix & match rumah sewa
dekorasi mix & match rumah sewa

Macam biasa, pokok pisang viral yang menjadi bahan untuk mencantikkan lagi hiasan dalaman rumah.

dekorasi mix & match rumah sewa

Tempat untuk bersolek sebelum pergi keluar daripada rumah.

Dibawah pula ialah bahagian ruang dapur kami yang bertemakan deko warna pink. Kalau dah minat pink, pastinya semua akan warna pink. Hehehe.

dekorasi mix & match rumah sewa
dekorasi mix & match rumah sewa
dekorasi mix & match rumah sewa

Ruangan untuk kami semua makan. Memandangkan ingin nampak simple dan minimalis, saya lerakkan disudut dan hiasinya dengan sedikit barangan sahaja.

dekorasi mix & match rumah sewa
dekorasi mix & match rumah sewa

Selamat hari raya kepada semua daripada kami.

Itu sahaja perkongsian daripada kami ini. Semoga ini dapat memberikan inspirasi kepada meraka yang ingin melakukan dekorasi mix & match rumah sewa .

Semoga bermanfaat semua.

Sumber : Nurr Ayienn

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down