Indahnya jika sesebuah rumah mempunyai loteng khas kan? Lagi menarik kalau pada bahagian loteng tersebut dilakukan sebuah dekorasi yang cantik dan padan dengan warna yang dipilih. Barulah dekorasi ruang loteng tersebut kelihatan menarik untuk diduduki.
Macam dekorasi ruang loteng yang dilakukan dan dikongsikan oleh Hasfarina Aziz ni. Terdahulu beliau melakukan dekorasi ruang memanjang kini beliau mengubah citarasa dengan melakukan loteng pada bahagian tersebut.
Dengan menerapkan warna kegemaran beliau iaitu warna hijau, dekorasi pada ruangan loteng tersebut nampak kemas dan cantik jer. Jom kita melihat dekorasi cantik pada ruang loteng milik Hasfarina Aziz ini.
Yang berminat tema hijau bersih nyaman ni bole la jadikan ia sebagai rujukan untuk deko rumah impian masing2
Ruang Loteng Yang Cantik Diberi Sentuhan Yang Menawan
Sebelum dekorasi ini dilakukan, kita kasi bersihkan terlebih dahulu bahagian ni dan sediakan barang untuk membuat loteng.
Inilah dia hasil loteng yang dilakukan. Masih lagi dalam proses.
Cat-cat dahulu nak bagi warna sama dengan warna yang asal.
Inilah dia hasil akhir dekorasi ruangan loteng yang dilakukan. Warna hijau sememangnyer merupakan warna yang menawan .
Bahagian ini merupakan bahagian ruang tamu disertakan sekali dengan meja makan untuk makan bersama.
Ada nampak elegan tak bahagian ruang makan ni? Hehe.
Bracket tv dah ada cuma tv jer belum lagi dipasang.
Kredit : Hasfarina Aziz