Dekorasi sesuatu ruang di rumah merupakan elemen deko yang penting didalam rumah. Dengan rumah yang dihiasi dengan dekorasi yang cantik dan menarik, pastinya akan membuat tetamu yang datang bertandang akan terkejut dan terpegun melihatnya.
Jadi, kali ini Siti Mariam Kamsan telah membeli sebuah rumah di Selangor untuk berpindah buat kali ke-3. Beliau telah melakukan sebuah dekorasi ruang rumah bawah yang dibelinya. Beliau merupakan seorang yang sangat gemar melakukan dekorasi ruang rumah.
Jadi, Giler Deco kali ini ingin berkongsikan bagaimana rumah yang biasa dihiasi dan di dekorasikan menjadi rumah nampak cantik dan mewah. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.
Tahun lepas first time pindah Selangor kami menyewa di ruma flat. Alhamdulillah rezeki tahun ini pindah lagi untuk kali-3 gaiss. Penat dah nak pindah. Rezeki dapat rumah bawah kat Selangor ni. Bukan senang nak cari.
Macam biasa kaki deko macam aku ni memang tak kan biarkan ruang rumah tanpa sentuhan seni. Kali ini ruang agak besar dan memanjang. Jadi kena pandai2 la susun atur untuk tak bagi nampak lapang sangat or serabut.
Rupa Asal Ruang Rumah Bawah
Ni sebelum masuk rumah haritu. Rumah bersih dah cuma yang cat tu memang kena tukar habis.
Pandangan hadapan
Pandangan dari ruang dalam rumah
Ini pula merupakan ruang dapur. Dapur bertemakan warna oren.
Hasil Dekorasi Ruang Rumah Bawah
Tada! Tema ruang tamu Grey Pink. Karpet untuk ruang tamu yang jarang digunakan boleh guna bulu2. Tapi kalu santai family tak digalakkan ya. Sebab senang kumpul habuk.
Masuk dari depan pintu terus nampak ruang ini.
Work station untuk husband if dia kena WFH . Gunakan ruang yang ada. Selesa kat luar dari bilik agaknya . Kasi unsur kehijauan sedikit bagi dia ketenangan sambil buat kerja.
Pampas grass tu trend deko sekarang.
Pampas grass korang boleh beli kat shoppe jugak banyak.
Frame guna yang sama je dari rumah flat tahun lepas
Ni pandangan dari sudut hadapan
Tv dan kabinat guna pakai dari rumah lama juga. Meja kopi ni murah dan cantik cuma ringan sikit. Bunga dan pasu atas meja tu pulak dari kedai RM2
Drop zone seperti biasa letak kunci, Quran, tabung sedekah subuh .
Ini ruang santai kami satu family. Tv gemok ni jadi pilihan sebab lebih tahan lasak ya tuan puan.
Tulisan tu buat sendiri, gunting dan tampal. Memang dari zaman sekolah suka tulisan comel macam ni.
Ruang makan kami. Suka ruang ni sebab background petak2 macam batu bata. Pakai wallpaper.
Langsir tu kalau siang jadi warna purple taw. Waktu malam jadi warna kelabu.
Ruang dapur kami. Langsir tu warna dia sama mcm skirting bawah tu . Tapi sebab cahaya terang tak berapa nampak sanga
Sumber : Siti Mariam Kamsan