Deco Bilik Tidur Anak Perempuan Berumur 1 Tahun

9,387 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Ibubapa apabila berbincang mengenai deco bilik tidur anak ini pasti akan memikir dahulu umur berapa perlu ada bilik tidur sendiri. Sesetengah ibubapa menunggu anak-anak mereka mencecah usia 7-8 tahun baru akan mempunyai bilik sendiri.

Namun, ia berbeza sekali dengan anak kepada Ammar Razali ini kerana baru berusia 1 tahun sudah pun memiliki bilik sendiri. Ammar Razali telah membuat satu deco bilik tidur anak perempuannya yang berumur 1 tahun bertemakan " child roomplay".

Melalui perkongsian Ammar Razali didalam grup Kelab Dekorasi IKEA Malaysia, jelas ramai yang tidak percaya akan budak berumur 1 tahun mendapat bilik sendiri. Jom kita tengok deco bilik tidur anak perempuan tersebut.

Deco Bilik Tidur Anak Bertemakan " Child Bedroom"

Nk share deco bilik anak perempuan sy. Hope boleh bg inspirasi untuk semua

Perabot Yang Digunakan :-

  • Children bed Busunge
  • Wardrobe Busunge
  • Children Furniture Mammut & Trofast
  • Armchair Poang

Dekorasi Bilik Tidur

Untuk wallpaper dibelakang itu merupakan printed wallpaper. Saya search google taip "korean wallpaper".

deco bilik tidur

Ini adalah katil dan juga wardrobe dibeli daripada IKEA. Wardrobe dan katil tersebut bernama masing-masing bernama busunge.

deco bilik tidur

Untuk langsir pula juga dibeli daripada IKEA bernama ringblomma.

Ini adalah tempat dimana untuk bersuka ria dengan anak tersayang. Kerusi hijau yang berada dihujung kanan gambar itu adalah kerusi Poang daripada IKEA

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco ini. Kami berharap perkongsian daripada kami ini dapat memberikan inspirasi kepada anda jika membuat satu bilik untuk anak tersayang.

Semoga berjaya semua.

Sumber : Ammar Razali

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down