Zaman sekarang ramai rakyat Malaysia lebih cenderung untuk mencari rumah memanjang. Rumah memanjang ini bukan sahaja cantik namun struktur dan keluasan terutamanya bahagian ruang tamu sangatlah luas. Keluasan yang luas membolehkan kita lakukan dekorasi ruang tamu rumah memanjang yang cantik.
Macam yang dilakukan oleh Maliq's Kitchen apabila beliau pada mulanya memasuki rumah memanjang beliau. Terus beliau melakukan dekorasi ruang tamu dirumahnya yang terdiri daripada wainscoting, grand mirror dan memasang lantai vinyl.
Beliau telah berkongsikan beberapa gambar selepas melakukan dekorasi tersebut didalam laman media Facebook. Ramai yang kagum dengan dekorasi tersebut sehingga ada orang menjadikannya sebuah inspirasi. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.
Alhamdulillah. Rumah mampu milikRuang Tamu nya yang panjang dah kurus. Walaupun kita bukan pakar dalam bab2 mendeko ni.Â
Tapi demi penjimatan wang ringgit apa yang boleh buat sendiri, Kita Cuba je. Rumah sendiri sapa nak marah kan kalau tak jadi pun, asalkan sedap mata sendiri memandang je
Ruang Tamu Memanjang Yang Asal
First untuk rumah baru biasa, kita settle kan dahulu part-part wiring dahulu sebab habuk dia tak boleh tahan klu tak buat dulu.
Mula kan dari bahagian atas baru ke bahagian bawah. Siapkan apa yang patut untuk bahagian atas termasuk cat2 dan yang sewaktu dengannya.
Berapa banyak dah papan kayu wainscoting ni beratur untuk dipasang.
Kebetulan orang buat wiring ada laser level ni. Boleh pinjam sekali buat mark dia. Jimat dan tak perlu beli dah.
Yang besar2 macam ni lagi kalau senget banyak kerja nak betul kan.Jadi, kena extra careful ukuran dia nak lekatkan.
Dah siap Kita pulun cat putih 3 ke 4 kali lapis
Baru masuk cat gray pekat ni. Save kaler ni untuk yang ada anak2 terlebih kreatif suke buat vandalisme kat dinding.
Dah siap semua baru buat lantai vinyl ni
Hasil Akhir Dekorasi Ruang Tamu Rumah Memanjang
Inilah dia hasil akhir dekorasi ruang tamu rumah memanjang ini. Simple jer sebab tak rajin nak mengemas selalu kalau banyak sangat barang, frame dan perabot ni.
Sumber : Maliq's Kitchen