Pernahkah anda terfikir bahawa rumah ideal ini besar dan mewah? Sebuah rumah yang ideal tidak semestinya besar, mewah dan dipenuhi perabot mahal, tetapi cukuplah sebuah rumah itu mampu untuk membahagiakan penghuni di dalamnya. Antara rumah ideal ialah rumah atas air.
Setiap daripada individu mempunyai kebahagiaan yang merangkumi berbeza cara. Tidak semua mampu untuk dekorasi yang mahal, ada juga yang sederhana. Semuanya terletak pada sifat bahagia dalam diri yang sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat diberi Ilahi.
Baru-baru ini, seorang wanita Mariyah Ghazali berkongsi gambar ruang rumah diatas air yang dideko dengan cara yang sederhana tapi kemas. Yang menariknya, rumah Mariyah itu dibina di atas sebatang sungai di Marang, Terengganu. Dalam erti kata lain rumah diatas air.
Assalamualaikum. Dulu pernah rasa ada orang mai jalan kat sangka kami . Nampak rumah je depa tak nak masuk sebab tkut. Dia hanya tanya saya tak takut ke. Saya jawap tak tkut pon biasa je. Saya lebih selesa kalau duduk macam ni. Boleh tengok ikan, burung terbang dan bangun pagi2 rasa nikmat tengok pandangan.
Dulu sebelum ada anak. Saya dan suami jual pasar malam di alor setar dekat 6 tahun duduk sane. Lepas ada anak baru pindah duduk sangkar ikan yang duduk sekerang dalam 2 tahun dah. Untuk jaga ikan bisnis kluarga. Rumah sangkar ni lama dah dalam 13 tahun dah. Alang2 saya nak duduk terus. Saya hias dan kemas yang mana patut.
Untuk selesa nak duduk nak buat amal pon selesa dan senang jaga makan minum untuk suami. Satu legi boleh jimat tak yah sewa rumah dah untuk bayar bulan2. Jom tengok gambar sebelum kemas dan selepas kemas. Biasa la yang sebelum kemas tu dulu2 laki2 je yang duduk. Terima kasih semua yang sokong kami ye.
Perkongsian rumah atas air beliau di platform Facebook mendapat perhatian ramai. Beliau menulis "Cara bahagia masing-masing. Yang penting kita selesa dan tenang" di dalam Kelab Kaki Deko. Malah, gambar-gambar rumahnya mendapat respon yang sangat positif daripad ahli kumpulan tersebut.
Sedap Mata Memandang
Walaupun tidak mewah tapi ia masih lagi sedap dipandang oleh orang lain
Bahagia cara kita
Tidak semua orang mampu untuk mengikuti trend-trend yang terkini. Yang penting kita buat dengan cara kita dan juga bahagia dengan cara kita.
Dari sini kita dapat saksikan bahawa dekorasi tidak perlulah yang mahal-mahal. Cukup sahaja dengan kemampuan yang dapat membahagiakan diri kita. Itu sahaja perkongsian Giler Deco ingin kongsikan dengan anda. Semoga ini bermanfaat untuk semua.
Sumber : Mariyah Ghazali