Apakah hadiah yang paling surprise pernah anda berikan untuk mak dan ayah tersayang? Adakah dengan memberikan sebuah kereta baharu, belanja makan ataupun sebaliknya? Pernah tak anda lakukan kejutan dengan melakukan sedikit ubahsuai dan dekorasi rumah kampung mak ayah sebagai hadiah kejutan?
Jika anda nak tahu bahawa Nurul Hidayah Daud dan adik beradiknya telah melakukan sebuah deko kejutan yang cantik dilakukan pada rumah kampung mak ayah mereka. Mak dan ayah mereka pergi menunaikan haji dan menampakkan peluang untuk adik-beradik tersebut melakukan dekorasi cantik tersebut.
Jom kita tengok hasil dekorasi yang dilakukan oleh adik-beradik ini untuk memberikan kejuta kepadan mak dan ayah mereka.
14 ogos 2019
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Minggu lepas saya ada minta pandangan ahli kelab untuk deco rumah mak abah saya dikampung. Tujuannya adalah untuk suprisekan mak abah waktu mereka balik haji nanti. Cuti 3 hari kami adik beradik dan ipar manfaatkan sepenuhnya untuk deco serba sedikit rumah mak abah.
11 September 2019
Hari yang ditunggu2 oleh kami adik beradik. Mak abah selamat mendarat di klia jam 9.52 malam dan kami sampai di rumah kami jam 3.00 pagi. Alhamdulillah mak abah suka apa yang kami lakukakan. Siap mak ajak abah pegi haji lagi sekali supaya rumah bertukar wajah lagi next time. Masuk je rumah, mak terus tanya ni rumah siapa ni. Mak salah masuk rumah ke
Dari Rupa Rumah Kampung Biasa Kepada Sebuah Dekorasi Rumah Baharu
Keadaan rumah sebelum di cat. Semasa kenduri sebelum mak abah pergi haji.
Sebelum proses mengecat dan apa jua ubahsuai dilakukan pada rumah kampung ini.
Sedikit In progress proses mengecat pada kayu rumah mak ayah kami ini.
Pintu bilik tidur sejak saya kecil lagi. Tengok balik semua ni teringat kenangan terindah.
Selepas tampal wallpaper eco. Dinding plywood masih lagi tak cat masa ni sebab cat tak mencukupi.
Belum kering lagi cat tapi dah ada mangsa yang terlekat. Aduhaiiii.
Tiang tengah tak cukup pulak 3D foam wallpaper.
Asalnya disini ada almari lama tapi dijadikan sebagai tempat cermin dan tempat sikat rambut abah dan adik beradik lelaki. Yang ini kita ubah smua guna barang beli di eco.
1 hall kami cat warna putih dan biru. Cuma mungkin next time bole tukar langsir, tikar getah dan sarung kusyen.
Ruang depan tv memang kami tak letak kerusi. Mudah untuk anak mak abah 11 orang dan cucu2 nak tengok tv lagipun tak berebut kerusi.
Wajah mak abah yang baru sahaja balik daripada haji setelah melihat dekorasi rumah kampung milik mereka.
Kredit : Nurul Hidayah Daud