Inginkan sebuah rumah khas untuk dijadikan sebagai tempat bekerja sememangnya wajib untuk dilakukan. Tujuannya adalah untuk memudahkan kerja-kerja dilakukan dan juga dapat fokuskan menyiapkan kerja sedia ada. Macam yang dikongsikan oleh Suhada Ghads ini, beliau kongsikan sebuah dekorasi tiny studio yang cantik khas untuk melakukan kerja.
Tiny house tersebut direka khas dijadikan sebagai tempat untuk beliau melakukan kerja-kerja menjahit kain. Studio tersebut dilengkapi dengan bilik tidur, bilik air dan tempat khas menjahit. Keluasan rumah ini kecil sahaja iaitu hanyalah saiz 20x30 sahaja.
Jom kita lihat sebuah dekorasi yang dilakukan oleh beliau ini.
Alhamdulillah, 1 studio bersize 20×30. Idea dan design semua dari pihak isteri. Kontraktornya Encik Suami.
Jadikan sebuah studio kain & jahitan buat saya di tanah sebelah rumah. Bagi buat kerja duk situ diam-diam. Now 85% siap. Tak dapat full pindah lagi. Kitchen cabinet belum settle,grill pun belum. Kenapa ada bilik & bilik air?
Sebab mudah urusan solat, berehat & tandas. Sekali-sekala kalau nak tidur sini boleh. Ruang rehat pun boleh. Alhamdulillah, tempoh siap bangunan sekitar 2 bulan setengah. Now tengah masukkan barang sikit-sikit
Sebuah Dekorasi Tiny Studio Menjahit Keluasan 20x30
Alang² dah ruang rehat. Buat betul², penat menjahit. Kita tidur kejap.
Tandas ni idea nya lain, tapi isteri mandai pilih tiles, maka terjadilah tandas anime.
Cabinet belum ada. tu draw dulu.
Island sebagai meja kopi-kopi, pek barang & potong kain.
Tu ruang jahitan belah kanan, sabar dulu. Tak de rak lagi untuk kemas.
Kredit : Suhada Ghads