Inginkan sebuah dekorasi wet kitchen yang cantik untuk dilakukan di rumah anda? Nak lakukan dekorasi dapur tersebut, namun tiada sumber rujukan untuk dijadikan inspirasi kepada anda?
Jadi, anda tidak ketinggalan kerana perkongsian daripada wanita yang bernama Fiza ini mampu mengubah dapur anda daripada rupa yang buruk terus kembali menjadi baharu. Beliau kongsikan hasil sebelum dan selepas dekorasi tersebut di dalam grup Kami Suka Deko Deko di Facebook.
Jom lihat perkongsian bagaimana dekorasi wet kitchen ini dilakukan oleh beliau.
Alhamdulillah, selepas setahun mood deko2 ke laut cina selatan akhirnya mood tu selamat berlabuh di awal tahun 2022.
Tahun lepas deko dry kitchen, tahun ni deko wet kitchen pula. Masih guna stiker wall paper, save bajet & senang nak bersih kan tapi agak renyah & perlu kan level kesabaran yg tinggi nak siap kan.
Dapur ni dh berusia belasan tahun, maka kita pakai kan die persalinan baru di awal tahun 2022. Inspirasi utk rakan2 yg suka deko2 juga, ruang dapur nampak lebih elegan dgn bajet yg minima.
Gambar Sebelum Dan Selepas Dekorasi "Wet Kitchen" Yang Dilakukan
Dapur asal, warna maroon & beige ke apa pun tak tahu. Rumah ni subsale, beli memang dah ade kitchen kabinet tapi warnanya sangatlah tak kene dengan jiwa beliau.
Macam ni baru mood nak masak selalu singgah.
Bahagian kegemaran beliau. Bidai tu dah rosak jadi terpaksa potong bawah dia & tutup terus je.
Tengok ramai yang share rechargeable downlight untuk kitchen kabinet, jadi turutlah beli sekali untuk mencantikkan lagi kabinet.
Ni lampu nya, ade metal plate untuk lekat kan lampu. Beli dekat shopee, jimat tak perlu pakai bateri, usb cable pun dapat skali.
Tenang melihat wet kitchen yang dah siap. Yang penting adalah less is more.
Thanks to this sticker wallpaper, berjaya transform kan dua dua kitchen ini.
Sangat cantik hasil akhir dekorasi ruang dapur beliau. Hanya menukarkan wallpaper dan tambah lampu kemudian wow terus menjadi ruang dapur yang menarik. Semoga perkongsian dapat dijadikan inspirasi untuk anda semua.
Semoga bermanfaat!
Sumber : Fiza