Siapa yang tak sakit hatikan apabila tengok wayar yang panjang bersepah diatas lantai dan berbelit-belit lagi. Semakin serabut adalah kan? Kalau yang jenis ada anak-anak kecil yang buas dan aktif jalan-jalan, boleh tersandung kaki pada wayar tersebut.
Yang lagi membimbangkan ialah apabila anak-anak tersebut tertarik pada wayar yang panjang tu. Risau takut terjadi apa-apa yang teruk, wayar tersebut mesti disembunyikan secepat mungkin. Apa kata DIY sendiri cable organizer box yang cantik dan mudah ini.
Melalui perkongsian daripada Nurul Aida Shinichi ini, beliau telah membuat satu cable box organizer secara DIY menggunakan barang yang simple sahaja. Cable box ini bukan sahaja membuat ruang rumah anda kemas namun dapat mengurangkan risiko kepada perkara-perkara yang tidak diinigini berlaku.
Rimas benor mate ni nengok wire sepah² berjuntai² . Ahahahha. Lagi² yg ade anak kecik tu, please beware dgn wire² ni k .
Takot² nanti ade dia terpegang semasa wire ada arus eletrik, dia tersadong kaki ke, terbelit ke. Alahai
At least, " hide " kan wire ni sekurang² nye boleh mengurangkan risiko terjadinya perkara yg tidak diingini. Jauh² kan lah
1. BALUTKAN KOTAK
Firstly, carikan kotak yang besar untuk muatkan extension. Kalau extension ad 3-4 plug, kotak besar diperlukan. Balutkan kotak tersebut.
Pada lapisan pertama, saya balutkan dengan surat khabar. Lapisan kedua, baru saya balutkan dengan pembalut hadiah.
2. MEMBUAT LUBANG
Apabila dah siap balut, buatkan lubang untuk wayar atau kabel. Lubang tersebut bergantung pada berapa plug yang anda ada. Kalau ada 3 plug, maknanya buat 3 lubang.
Gunakan klip kertas untuk tandakan kawasan yang ingin dilubangkan.
Buatkan lubang tersebut menggunaka ring file dan juga pisau lipat.
3. LEKATKAN RING PADA LUBANG TERSEBUT
Kemaskan keliling lubang tadi dengan selotep untuk mengelakkan sisa potongan kotak terkeluar. Lepas tu, barulah lekatkan gam UHU dibelakang ring file tu tadi dan lekatkan pada lubang yang dibuat.
4. TEBUK LUBANG UNTUK WAYAR EXTENSION
Buatkan 1 ruang kecil dibelakang kotak untuk masukkan wayar extension plug kedalam kotak
5. HASIL DIY CABLE ORGANIZER BOX
Tadaaaa!!!! Ini dia hasilnya. Kalau nak nampak cantik dan kemas, pakai kotak yang ada sekali dengan penutup. Baru nampak kemas apabila ditutup.
Sumber : Nurul Aida Shinichi