Ruang makan juga merupakan salah satu tempat di mana ahli keluarga akan berkumpul selain daripada ruang tamu. Ruang makan yang selesa dan menarik akan menjadikan mood seseorang bertambah baik. Untuk menjadikan ia lebih menarik, anda boleh menghias ruang tersebut mengikut kreativiti masing-masing.
Seperti yang dilakukan oleh si suami ini di mana beliau membuat sendiri dinding dengan papan kayu di ruang makan untuk merealisasikan impian isterinya. Dengan titik peluh dan sokongan daripada anak-anaknya, beliau telah menyiapkan dinding ruang makan itu dengan cantik sekali. Jom kita lihat keadaan sebelum, semasa dan selepas beliau memasang kayu tersebut.
Keadaan ruang makan sebelum deko.
Masa ni duduk kira ruang dan jumlah papan nak pasang. kerja sorang-sorang ni boleh tahan juga. Anak bujang paling tua umur 13 tahun. Alhamdullilah dapat bantu tolong pegangkan barang.
Ambil anggaran je dari lantai. Tepi tak rata. Malas nak potong sebab nanti nak cover guna papan
Keadaan semasa beliau DIY dinding ruang makan kayu bersama anaknya.
Keadaan dinding ruang makan setelah siap DIY.
Cubaan engrave atas surface osb yang dah di ratakan guna thicknesser. Ada kesan overburn sebab surface tu tinggi dari yang sepatutnya. Tapi takpe... boleh cover balik nanti
Beliau lakukan sendiri hiasan dinding pada ruang makan.
Wall deco yang baru siap sambung. Tapi belum siap clear coat. pasang awal untuk mudahkan orang rumah buat penilaian posisi yang sesuai.
Meja makan lama. Masa mula2 beli dulu lepas setahun surface mengelembung sebab diperbuat dari pada habuk kayu yang halus. Saya laminate dengan papan. Sekarang dah masuk tahun ke-4 guna. Kakinya masih kukuh lagi. Plan nak tukar surface guna osb+pine+epoxy coating. Tu utk lain kali
Sungguh cantik dan menarik! Isteri beliau pun sangat menyukainya. Ruang makan daripada dinding putih biasa bertukar menjadi luar biasa. Semoga perkongsian ini dapat memberi idea kepada si suami untuk membuat surprise pada si isteri.
Kredit : Narizam (Tukang Apa Hari Ini)