Cara Mudah Lakukan DIY Divider Dapur Bajet Hanya Guna Paip Sahaja

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Tidak dinafikan masih banyak rumah apabila buka sahaja pintu ruang tamu terus nampak ruang dapur. Haa, apa kata kalau anda memasang divider, barulah terlindung ruang dapur. Mata pun sedap memandang. Bagi anda yang tidak mempunyai banyak bajet, boleh ikuti perkongsian daripada saudara Saufuan Zulkfli mengenai cara mudah lakukan DIY divider dapur bajet hanya menggunakan paip sahaja.

Lebih menarik lagi, bahan yang digunakan adalah paip jenis PVC sahaja. Jom ikuti perkongsian yang menarik daripada Giler Deco ini.

Bahan-bahan yang digunakan :

Guna 2x4 UPVC pipe. Kegunaan asal paip ni adalah untuk hydroponic (beli yang belum ditebuk lubang). Nak bagi cantik lagi divider ni, kita wrap dengan wall sticker.

Cara-cara pembuatan:

  1. 1/3 end cap tu perlu dipotong.
  2. Tebuk lubang pada floor tile guna tile/glass bit dan juga lubang pada bahagian atas guna masonry bit.
  3. Masukkan wall plug.
  4. Lekatkan end cap pada permukaan lantai dan beam/siling guna xtra seal x bond.
  5. Skrukan end cap tersebut.
  6. Letak PVC glue pada both end cap.
  7. Then slot in column divider tu dalam end cap.
  8. Pasangkan semula 1/3 end cap yang telah dipotong tadi pada tempatnya menggunakan PVC glue.
  9. Tambahan paku rivet boleh digunakan bagi mengukuhkan lagi sambungan atas dan bawah column divider.
  10. Kemasan akhir, letak silicone pada gap yang ada antara end cap dan lantai/beam.

Hasil sebelum dan selepas DIY divider dapur bajet

Diy divider dapur bajet

Sebelum

divider

Selepas

divider

Setakat ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco. Semoga bermanfaat!

Berminat untuk baca artikel yang berikut, klik di sini: Projek DIY Grand Mirror 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down