Secara kebiasaannya, penghasilan rak gantung dan rak kasut dihasilkan dari bahan seperti kayu keras dan plywood. Namun, tidak ramai menggunakan 100% besi dalam menghasilkan sesuatu rak.
Konsep 100% besi ini biasanya dilakukan oleh mereka yang gemar dengan gaya ala industrial. Itulah yang dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Najmi Beater. Beliau telah menghasilkan rak dan kabinet berasaskan besi sahaja.
Jadi, bagi mengetahui dengan lebih lanjut, jom teruskan bacaan di bawah ini.
Boleh ke macam ni? Buat rumah sendiri je dengan cara simple.
Projek kabinet gantung ini 100% menggunakan besi sahaja.
Kerangka kabinet gantung selesai dicantumkan.
Besi checkered plate dipateri pada kerangka kabinet gantung tadi.
Kemudian, ianya dicat dengan warna kelabu.
Kerangka rak kasut berkabinet selesai dicantumkan.
Rak ini juga dipasang besi checkered plate.
Projek DIY rak besi ini selesai dilakukan.
Setakat itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.