DIY Karpet Tali Guni Ala-Ala Istana Yang Cantik Dan Simple

599 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Karpet tali guni ni antara elemen yang penting dalam menyerikan lantai dalam sesebuah dekorasi rumah. Untuk dapatkan karpet ini, harganya boleh tahan mahalnya di kedai perabot atau kedai deko. Lebih-lebih lagi rekaannya yang unik dan moden serta menggunakan bahannya yang tersendiri.

Namun, itu tidak menghalang daripada kehendak Qynn Shikin untuk menghasilkan DIY karpet tali guni versi beliau sendiri. Modalnya hanyalah perlu tali jute, kain felt dan juga hot glue gun.

Jom kita tengok perkongsian daripada Qynn Shikin menghasilkan karpet tali guni ini serta cara membuat karpet ini dikongsikan oleh beliau sendiri. Pasti anda akan terkejut dengan hasilnya diakhir ini.

Langkah-Langkah Untuk DIY Karpet Tali Guni Ala-Ala Istana Yang Simple

  1. Relaikan sehelai sehelai ikut panjang mana yang mampu. Nanti tali ini berubah jadi toncang. Lagi panjang lagi bagus kerana ia nampak lagi kemas.

2. Doublekan tali. Setiap toncang perlu ada 6 helai tali macam dibawah, Boleh beli apa jenis tali jute paling berbaloi dan murah beli di kedai eco.

3. Tali yang dah digabung 6 helai

4. Simpul hujungnya nanti akan didandan tali itu.

5. Ini rupa tali dah didandan. Masa ini memerlukan kesabaran sebab tali berpintai dan bergumpal.

6. Dandan tali sampai habis, untuk ukuran 100cm atau 1 meter saiz karpet. Perlukan 10 ketul tali tu ya.

7. Ambil kain felt untuk jadi alas, potong ikut bentuk dan saiz yang dihajati. Lilitlah tali ikut desain dan saiz tadi. Sambung dan pusing. Tampal tali atas kain felt guna gam panas atau hot glue.

Karpet Tali Guni

8. Kalau nak senang bulat kecik tu tak perlu buat.

Karpet Tali Guni

9. Dah habis lilit boleh kemaskan. Gunting dan trim guna pisau yang tajam.

Karpet Tali Guni
Karpet Tali Guni

10. SIAP!!!! Bulu halus kan karpet ini memang akan nampak. Karpet jute ini tak lembut dan tak keras, sesuailah buat hiasan lantai.

Selamat mencuba semua.

Sumber : Qynn Shikin

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down