DIY Kerusi Buruk Kepada Kerusi Baru Ala Ikea

482 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

DIY sesuatu barang bukan satu perkara yang akan difikirkan oleh semua orang. Namun begitu ada juga antara kita yang mampu menjana income dengan hasil DIY barangan terpakai.

Oleh sebab itu, korang jangan pandang enteng dengan projek DIY. Silap hari bulan hasilnya lagi gah dari yang baru tau. Jom sama-sama kita ikuti perkongsian dari Faizal Yahya mengenai DIY kerusi buruk kepada kerusi baru yang telah dilakukannya.

DIY Kerusi Buruk Kepada Kerusi Baru Dengan Cara Yang Sangat Mudah

Keadaan kerusi Sebelum Dilakukan DIY

Tengok keadaan kerusi ni pun rasa macam nak buang terus. Kita mungkin tak terfikir untuk ubahsuai kerusi ni kepada kerusi baru yang dapat digunakan semula.

Sebenarnya "body" kerusi ni masih elok lagi. Jadi daripada buang, baik DIY dengan ganti tempat duduk dan tempat bersandar yang baru.

kerusi buruk

First of all, buang dulu jaring, paku atau skru dan segala macam pada kerusi. Biar tinggal "body" sahaja.

Kemudian ukur panjang kayu bersesuaian dengan tempat duduk dan tempat menyandar pada kerusi.

kerusi buruk

Susun kayu dengan lebih seragam dan cantumkan kayu dengan kerusi.

Dah siap! Eh, tapi tak siap sepenuhnya lagi. Macam ni pun dah cantik kan. Dah boleh guna tapi nak cat supaya nampak lagi wow.

Hasil DIY Kerusi Buruk Kepada Kerusi Baru

Tada! Cantikkan. Kalau korang nak lagi kemas, dekat bahagian sandar tu korang boleh potong mengikut "body" kerusi.

Sekian sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai DIY kerusi buruk kepada kerusi baru seakan kerusi Ikea yang sangat mudah dan cantik. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi kepada anda semua untuk melakukan projek DIY.

Kredit: @faizal.yahya (Tik Tok)

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down