Mempunyai kolam ikan mini sendiri di rumah masing-masing sudah pasti menjadi impian bagi setiap orang. Namun, dek kerana keterbatasan tertentu telah membuatkan impian seseorang itu tidak menjadi kenyataan.
Hal ini kerana kos untuk membuat kolam ikan ini sememangnya sangat mahal sehingga mencecah ribu riban. Walaupun begitu, tidakkah anda berfikir untuk Do It Yourself (DIY) saja dan yang paling penting anda boleh berjimat banyak tau sekiranya nak bandingkan dengan beli yang sudah siap yang kita dah tahu harga nya yang sangat mahal.
Menurut perkongsian daripada Puan Noor Idayu Ismail telah membuat sendiri kolam tersebut dengan hanya DIY saja. Yang menariknya tentang kolam ni, kos yang digunakan hanyalah sekitar RM100 sahaja. Wow, memang jimat poket dan tak perlu berhabis banyak sebenarnya untuk mendapatkan kolam idaman anda.
Projek diy mini kolam ikan menggunakan barang terpakai. Polistren terpakai, sikit barang dari kedai eco, mr diy, dan lebihan bunga dari kaison. Idea dari kami suami isteri.
Nak beli yang dah siap mahal, buat sendiri kos bawah RM100. Selagi boleh jimat kita jimat. Ambik masa 3 hari untuk siap sebab kena bagi simen betul2 kering. Jadi la tempat kami ambik angin.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan
Cara-Cara Untuk Membuat Kolam Ikan Mini DIY
Min akan kongsikan kepada anda cara-cara nak membuat kolam mini ini. Jom kita sama-sama ikuti langkah-langkah bergambar melalui tutorial di bawah.
Wow cantik kan pemandangan kolam ikan ni. Tak sangka walaupun kos yang digunakan agak rendah, namum hasil yang dibuat oleh beliau boleh dikatakan sudahpun mencecah harga ribu riban bagi kolam ni.
Semoga perkongsian kali ini mampu memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana.
Kredit : Noor Idayu Ismail