DIY Pagar Dinding Rumah Kepada Corak Batu Dari Simen

671 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bila bercakap mengenai sebuah proses DIY pada pagar dinding rumah ni ramai dah yang menganggap ianya sudah pasti diy shera plank ataupun diy mengecat pagar kan? Kali ni anda salah sebab untuk artikel kali ini adalah merupakan DIY pagar rumah bercorakkan batu konkrik yang cantik.

Pengguna facebook dengan nama Tn Khairul berkongsikan bagaimana beliau melakukan diy daripada pagar rumah kosong yang biasa kepada pagar corak batu yang cantik. Hasil tersebut mendapat perhatian ramai orang didalm facebook mahupun diluar facebook.

Tn Khairul berkongsikan untuk melakukan pagar sebegini bukannya mudah kerana memerlukan kesabaran yang tinggi untuk simen kering dan kreativiti untuk lakukan corak agar nampak lebih real. Jom kita tengok bagaimana proses pagar dinding rumah corak sebegini dilakukan.

Proses DIY Pagar Dinding Rumah Bercorakkan Batu Hitam Putih Dari Simen

Lama dah saya tidak share hasil kerja saya dalam group ni. Kali ni saya share sedikit dari pagar besi ke pagar bentuk batuan. Warna yang digunakan hasil hitam dan putih sahaja.

Hitam sebagai based tunggu kering dan putih tu layan2 sahaja. Tapi nak dapatkan hasil bentuk batuan ni memerlukan proses dari awal lagi sebab saling berkait. Ada part saya tabur habuk simen dan ada part saya kikis simen.

Sebagai tambahan saya letak polistrin. Cara lekat guna paku dan ikat dengan dawai. Entah lah hasilnya jadi ke idok bentuk batuan Pagar ni. Selepas ni sambung cat pagar bentuk papan pulok

Proses DIY Pagar Dinding Rumah Bercorakkan Batu Ini Dilakukan

Pagar pada bahagian luar rumah sebelum proses DIY ini dilakukan.

Pagar Dinding Rumah

Pada masa ni dah siap letakkan batu bata apa semua baru teringat nak ambil gambar.

Pagar Dinding Rumah

Dah nampakkan sedikit rupa batuan dengan gabungan teknik habuk simen dan lorekan.

Pagar Dinding Rumah

Hasil yang dah siap plaster. Nak bagi polish agar nampak corak batu yang betul.

Rekahan tiang tu ada yg semula jadi. Yang ni saya guna pasir halus bercampur sedikit lumpur.

Longkang agak besaq sukar nak mengecat. Silap langkah boleh jatuh ke bawah ni

Pandangan dinding corak batu pada bahagian sisi.

Ok done dinding rupa batuan.

Kredit : Tn Khairul

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down