Beruntunglah jika dikurniakan bakat bertukang kerana kita tidak lagi perlu menempah perabot rumah kerana ianya boleh dihasilkan sendiri di rumah. Mungkin jika di lihat ianya agak sukar dilakukan. Sebenarnya ianya boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Perkara tersebut telah dikongsikan di akaun tiktok @carpentermalaya. Apa yang lebih menariknya adalah, projek DIY tersebut telah dilakukan oleh mereka sekeluarga sendiri tau.
Jadi, untuk melihat hasil kreatif yang berjaya dilakukan hanya dengan menggunakan kayu terbuang sahaja, boleh teruskan bacaan dengan lebih lanjut di bawah ini.
Projek DIY ini dilakukan bersama ayahnya.
Mula-mula buka dahulu. Amaran untuk orang yang baru ingin berjinak, bahagian meleraikan kayu ini adalah aktiviti yang paling leceh sekali.
Selepas itu, potong guna grinder kayu.
Kemudian, tenyehkan dengan kertas pasir supaya licin.
Proses menggosok dengan kertas pasir diteruskan lagi.
Selepas siap digosok, cantumkan kayu tersebut.
Inilah hasilnya setelah kayu-kayu tersebut selesai dicantumkan. Cukup kreatif penghasilan perabot yang dilakukan dengan hanya menggunakan kayu pallet sahaja.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai projek DIY kreatif pada kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua.