DIY Rak Botol Sos Bermodalkan RM10 Sahaja

8,027 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Selalu apabila berada didapur, bagaimana anda semua susun botol-botol sos anda? Adakah tersusun dengan rapi atau berselerak diatas meja? Kalau yang dah ada rak dibeli di kedai mesti dah disusun rapi kan namun bagaimana pula dengan yang tiada rak botol sos?

Bagi yang tiada rak tersebut mesti terasa remeh memikirkannya tapi susun atur botol yang berselerak boleh menyebabkan ruang memasak nampak serabut jika tidak disimpan dengan betul. Untuk elakkan daripada berselerak, apa kata DIY sahaja rak botol sos.

Melalui satu perkongsian daripada Nonza Zainal Abidin, beliau telah membuat satu perkongsian mengenai cara untuk DIY rak botol sos untuk kegunaan didapur. Bermodalkan RM10.50 sahaja daripada kedai ECO, rak tersebut bukan sahaja untuk simpan sos namun roti juga boleh. Jom kita tengok langkah dan hasil DIY rak tersebut.

DIY Rak Khas Untuk Simpan Botol Sos Bermodalkan RM10 Sahaja

BAHAN YANG DIPERLUKAN

1. 1 Batang Kayu Mop

2. 2 Kayu Hiasan Dinding

3. 2 Papan Pemotong Kayu

Total harga adalah x RM2.10 = RM10.50

CARA-CARA UNTUK DIY

1. Potong kayu mop tersebut mengikut saiz papan

rak botol sos

2. Buangkan plastik merah pada mop tersebut dan pakukan kayu mop dengan papan hiasan

3. Pakukan pada kedua-dua bahagian agar kukuh

4. Hasilnya akan jadi begini. Papan pemotong menjadi tapak rak. Pakukan juga kiri dan kanan

6. Jika inginkan rak dua tingkat, paku satu lagi papan pemotong. Paku juga kayu mop dibahagian tepi untuk dijadikan penghadang.

HASIL AKHIR !!!

Dah siap akhirnya, rak kita. Ada 2 versi yang berlainan. Atas anda punya citarasa ingin DIY yang mana.

rak botol sos
rak botol sos
rak botol sos
rak botol sos

Rak ini bukan sahaja boleh letak botol sos sahaja namun botol jem, kaya, marjerin pun boleh. Nak letak letak serbuk rempah pun boleh juga. Untuk diy rak rempah ratus juga ada, anda boleh baca DISINI. Lagi bagus jika ada rak rempah dan botol kedua-dua sekali.

Sumber : Noriza Zainal Abidin

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down