Untuk rumah yang lama hampir 10-20 tahun tu kena rajin-rajin cek jugak bahagian siling kat rumah tu terutamanya siling kapur. Sebab apa nak kena cek? Sebab nak tengok takut ad kesan leaking paip air yang lama dan akan terbiar berlubang terdedah macam tu jer.
Kalau dah berlubang ni sudah tentunya risiko untuk lipas, tikus dan juga musang akan tinggi kerana haiwan tersebut memang sukan main atas siling. Mesti nak tahukan bagaimana nak tutup lubang kecil pada siling kapur kan?
Jom tengok bagaimana DIY cara untuk tutup lubang kecil hasil yang dilakukan oleh owner facebook bernama Zakwan Anwar. Caranya simpla dan senang sahaja untuk anda semua.
Sekadar perkongsian hasil DIY bajet rendah utk repair lubang kecil pada siling kapur akibat kesan leaking atap yang lama.
Alhamdulillah dpt tutup semula lubang bocor..semoga perkongsian sy ni bermanfaat buat sesiapa yg nak cuba DIY baiki kerosakan kecil pada siling kapur.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk DIY Ini
Cara Untuk Tutup Lubang Kecil Pada Siling Ini
Bahan utama: stopping compound & jaring pvc untuk jadi bracing
Lebihkan sikit ukuran tu supaya daapt mencengkam permukaan. Selit2kan atau boleh skru jika ada tetulang siling kapur tsbut. Buat 2 atau 3 layer untuk kukuhkan bracing.
2 layer jaring pvc. Selit2kan dan adjust bagi rongga jaring tu jadi rapat sikit, senang stopping compound nak lekat nanti.
Bancuh stopping letak air sikit2 dan gaul. Ulang step sampai dapat adunan yang kental tapi tak terlalu kering sebab stopping cepat mengeras. Tak sempat nak sapu nanti dah keras.
Lebih kurang camni la adunan dia. Likat dan kental tapi tak kering sangat.
Sapu pada tempat yang dah buat bracing. Boleh guna jari akt sudut2 yang susah capai.
P/s: Saya dah bersihkan dan cat permukaan yang kotor kuningan tu dengan cat minyak putih matt effect sehari sebelumnya.
Ulang step bancuhan dan sapukan pada permukaan sampai puas hati. Normal kalau ada yang tak rata. Nanti dah kering boleh gosok sikit dengan kertas pasir gred 240 untik licinkan permukaan. Lepas tu baru sapu cat emulsion putih atau matex putih.
Kredit : Zakwan Anwar