Jika kita melakukan sesuatu kesilapan dalam mengecat biasanya akan kelihatan tidak cantik dan cacatkan? Kalau sebegitu kita akan berasa sedih dan kecewa kerana apa yang diharapkan tidak menjadi sehingga memaksa kita buat yang baharu.
Namun, untuk Amilia Anuar ini lain pula kisahnya iaitu beliau telah melakukan kesilapan mengecat dinding bahagian rumah tetapi ia bukan menjadi lebih teruk namun lebih cantik. Ini kerana disebabkan kesilapan tersebut dinding tersebut telah menjadi sebuah dinding diy wall plastering yang cantik bertemakan warna biru gelap.
Siapa sangka perkara sebegini boleh berlaku begitu juga kepada Amilia Anuar. Berpunca dari kesilapan mengecat namun terhasilnya sebuah diy wall plastering yang cantik.
Assalamualaikum. Haritu ade nampak kawan dalam group ni tanya. Camna nak buat kalau wall kosong. Ni kami salah pilih colour untuk bilik. Asal nak kelabu, pastu nak kelabu kebiruan. Sudah nye terbeli yg biru balai polis. So kami beli momento silver. Mula2 buat tak berkenan pulak. So kami mix kan momento dgn base asal colour tu. Jangan campur sebati colour tu. Biar die ade tone putih.
Gambar 1 - warna asal
Gamba 2 - momento yang gagal
Gamba 3 & 4 - hasil akhir
Nippon - Ebony Blue
DIY Wall Plastering Terhasil Daripada Kesilapan Mengecat
Pada awalnya semua berjalan seperti biasa sahaja. Mula-mula catkan warna Ebony Blue pada dinding tersebut.
Jadi, kami mix kan warna momento silver buat macam ni.
Buat untuk keseluruhan dinding tersebut dan hasilnya akan nampak sebegini.
Buat banyak kali layer demi layer warna silver tersebut sehingga ianya nampak seakan timbul momento tersebut.
Tadaaaaa! Kalau dah masukkan perabot apa semua memang cantik dan padan pula dengan dinding plaster tersebut.
Kredit : Amilia Anuar