Setiap ibubapa ini sudah pastinya akan melakukan apa juga benda yang terbaik untuk anak-anak kerana kepuasan anak-anak merupakan keutamaan untuk mereka. Anak-anak yang bahagia ini sudah pastinya akan membuatkan ibubapa juga gembira.
Macam yang dilakukan oleh pasangan suami isteri ini. Mereka telah melakukan sebuah diy wooden bed house untuk diletakkan didalam bilik tidur anak perempuan mereka. Mereka melakukan bersama-sama untuk kepuasan anak perempuan mereka.
Hasil DIY tersebut telah dikongsikan didalam sebuah grup Facebook Kelab Kaki Deko ini. Hasil tersebut mendapat reaksi yang positif daripada ahli grup tersebut. Jom kita tengok hasil yang dilakukan oleh pasangan ini.
DIY WOODEN BED HOUSE
Cuti Hari Merdeka hari tu kami suami isteri sepakat untuk buat wooden bed house ni.Projek dah lama tertangguh. Menggunakan kayu pine 2" x 1.5" sebagai rangka rumah katil. Based dia memang dah ada.
Saya lukis mural gunung ganang menggunakan cat jotun. Untuk dapatkan tone warna yang banyak saya bancuh sendiri warnanya.Anak perempuan saya suka sangat dengan warna biru.
Jadi saya cuba "feminin"kan warna biru sesuai untuk girl. Di kaki katil ada storage bench untuk diorg lepak2 dan simpan toys masing2. Rumah kuaters guru kami bertemakan farmhouse, jadi ada selitkan sket2 elemen farmhouse dlm bilik ini.
Semoga memberi inspirasi. Terima kasih
Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Melakukan DIY Ini
Cara Untuk Melakukan DIY Bed House Ini
Susun dan ukur terlebih dahulu kayu pine ini.
Proses memasang tiang untuk katil ini.
Proses memasang bumbung.
Dah siap semuanya, akhirnya kita pergi kepada gosok kayu tersebut menggunakan orbital sander.
Dah siap. Masa untuk memasang cadar.
Hasil Akhir DIY Dan Dekorasi Wooden Bedhouse Ini
Inilah dia rupa dan hasil yang dilakukan. Untuk bahagian lukisan belakang tu saya lukis sendiri. Permintaan anak-anak nak kan sebuah lukisan yang cantik.
Sumber : Suzaitul Adwini