Sejak kebelakangan ini, boleh dikatakan rata-rata pemilik rumah sangat suka melakukan projek DIY sendiri bagi memastikan rumah kediaman kelihatan cantik dan menarik.
Namun, projek shiplap wall ini akan menjadi lebih rumit sekiranya dinding rumah tidak rata dan senget. Itu yang terjadi pada rumah kediaman milik Nad's Na'em.
Semasa melakukan pemasangan shiplap wall, beliau menyatakan begitu banyak dugaan dalam melakukan projek shiplap wall pada dinding jenis senget seperti ini.
Jadi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana beliau atasi isu tersebut, jom ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.
Alhamdulillah sudah siap projek shiplap wall ni. Lama betul nak siap.
Tengok macam senang tapi boleh tahan juga susahnya.
Dugaan dapat dinding rumah senget. Memang kena banyak sabar
Keadaan dinding bawah semasa proses pemasangan shiplap wall dilakukan.
Proses pemasangan shiplap wall sudah siap dilakukan. Seterusnya pula adalah proses undercoat terlebih dahulu sebelum dicat dengan warna pilihan.
Proses undercoat mula dilakukan.
Proses diteruskan lagi.
Setelah undercoat selesai dilakukan, proses seterusnya pula adalah mengecat.
Proses mengecat diteruskan lagi dengan teliti supaya kemas.
Proses mengecat sudah hampir siap sepenuhnya.
Inilah hasil dan rupa bahagian dinding rumahnya setelah projek DIY ini selesai dilakukan
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam cuba untuk mencari idea bagi melakukan dekorasi rumah seperti ini
Semoga bermanfaat dan selamat mendeco.