Gadis Ini Gabungkan Ruangan Bilik Stor & Bilik Tidur

160,175 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pernah tak anda menyewa atau membeli rumah yang tiada ruangan bilik stor di rumah tersebut. Hal ini berlaku kerana ruang rumah yang sempit buatkan tiada ruang khas untuk bilik stor atau tempat menyimpan barangan di rumah.

Yang menjadi mangsa ialah apabila bilik tidur kita sendiri yang dijadikan tempat untuk bilik stor ataupun tempat kita simpan baju-baju serta barangan permainan anak-anak. Perkara ini berlaku pada Suri Hatimu di mana dia ada berkongsikan tentang bilik tidur utamanya turut dijadikan sebagai bilik stor.

Beliau telah mengambil pendekatan untuk membina satu ruangan khas di dalam bilik tidurnya untuk tempat menyimpan barang. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian ini dan min yakin anda semua tidak akan hampa dengan idea ini.

Rumah Kekurangan Bilik. Gadis Ini Gabungkan Ruangan Bilik Stor & Bilik Tidur Dalam Satu Bilik Sahaja

Dengan rumah yang ruang agak terhad. Bilik tidur cuma ada 3 jee. Bilik utama ruang agak luas, bilik tengah anak perempuan dan bilik ketiga anak lelaki.

Jadik bilik utamalah yang terpaksa jadik bilik stor vs bilik tidur...bila masuk jee bilik tidur rasa tak ade hati , bosan kemas macamana sekalipun tetap nampak selekeh nampak tak teratur

nak buang semua barang2 penting semua barang yang ada gunanya...jadi terpaksalah pendam jee perasaan nie. Bila kerajaan istiharkan pkpb balik dan masa banyak dihabiskan dirumah

aku terus keluarkan semua barang2 dalam bilik dan mulakan operasi mendeko dan mencantikkan bilik tidur sendiri.

Ruangan Bilik Stor

1. Proses bawak keluar sikit-sikit barang dalam bilik pindah ke bilik tengah. Proses ini memerlukan kudrat tenaga yang kuat.

2. Mulakan aktiviti mengecat.

3. Buat penghadang untuk mini stor di dalam bilik.

4. Segala transformasi ini adalah di dalam bajet sekitar RM200 sahaja.

Ruangan Bilik Stor

5. Seterusnya, buat rangka dengan guna kayu dan plywood. Lepas dah siap pasang rangka tersebut, anda boleh cat dan tampalkan wallpaper pada rangka tersebut.

6. Hanya 2 hari proses mengecat ,buat stor, pasang vinyl floor dan masukkan semula perabut. Tukar posisi katil dan pasang cadar agar kelihatan lebih kemas.

Ruangan Bilik Stor
Ruangan Bilik Stor
Ruangan Bilik Stor

7. Bahagian hujung katil masih ada ruang untuk solat berjemaah berdua.

Ruangan Bilik Stor

8. Okey kat tingkap ni pasang langsir yang sedia ada dekat rumah. Langsir dari ikea RM 14.90 sepasang. Bakul-bakul tersebut dibeli kat kedai eco lantas potong dan ikat dengan cable tie dan jadikan tempat simpan tuala mandi, comforter selimut, kain telekung dan jugak baju untuk dipakai.

bilik tidur stor

Dah siap transformasi ruangan bilik stor dan bilik tidur ini. Selamat mencuba.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana.

Kredit : Suri Hatimu

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down