15 Hiasan Hari Raya Yang Wajib Anda Beli Untuk Tahun Ini!

5,478 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Aidilfitri ini pasti ramai akan mengambil peluang untuk menghias rumah masing-masing. Masa ini lah untuk anda serlahkan kreativiti anda masing-masing untuk menghias rumah dengan hiasan hari raya sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba nanti.

Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda semua barangan hiasan dan dekorasi yang wajib anda beli menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Jom kita tengok beberapa barangan di bawah ini.

15 Barangan Hiasan Hari Raya Untuk Rumah Anda

1. Pelita Buluh Raya Tradisional

Yang ni paling legend! Tiada buluh ini maka suasana untuk berhari raya automatik akan tiada. Setiap rumah wajib ada untuk memeriahkan lagi Hari Raya tahun ini. Fuh, mengimbau balik nostalgia zaman kanak-kanak, memang pelita adalah hiasan hari raya yang tetap evergreen.

hiasan hari raya pelita

2. Tikar Getah

Bagi sesiapa yang ingin tukarkan tikar yang baru boleh carikan tikar getah ini. Takkan pula nak guna yang lama kan.

3. Bamboo Lamp Pendant

Yang ni sesuai untuk sesiapa yang inginkan rumah mereka nampak lebih klasik dan tradisional. Menjadikan lampu buluh atau rotan sebagai hiasan hari raya tak rugi sebenarnya, sebab hari-hari biasa pun lampu tu kekal menjadi identiti kepada deko rumah anda.

4. Bekas Kuih Raya Flower

Kalau tiada bekas kuih raya, nak letak di dalam apa? Penting ada bekas kuih raya di rumah anda untuk hidangkan biskut dan kuih muih kepada tetamu-tetamu yang hadir.

Selain bekas flower, banyak lagi jenis & bentuk bekas kuih raya cantik-cantik anda boleh sesuaikan dengan dekorasi ruang makan anda di sini - 10 Jenis Bekas Kuih Raya yang Wajib Dibeli Sempena Hari Raya Tahun Ini.

dekorasi hari raya

5. Langsir Raya

Perkara wajib yang perlu dilakukan apabila menjelang Hari Raya. Langsir perlu ditukar agar ia memberikan nafas yang segar dan juga memberikan suasana yang berlainan.

dekorasi hari raya

6. Ketupat Homemade Paper

Dekorasi rumah juga akan lebih meriah kalau ada deko ketupat homemade paper ini. Nak buat sendiri memakan masa, jadi boleh lah beli untuk jimatkan masa. Harga pun murah jer.

dekorasi hari raya

7. Ketupat LED Lights

Suasana Hari Raya tidak akan meriah kalau tiada lampu lip lap lip lap macam lampu LED ini.

dekorasi hari raya

8. Mangkuk Tingkat Bercorak

Yang ni kalau digunakan untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang boleh juga. Tunjuklah yang anda mangkut bertingkat yang cantik ni siap bercorak pula tu. Hehehe

dekorasi hari raya

9. Tudung Saji Rotan

Mak-mak pasti suka kalau tudung saji rotan ini digunakan ketika Hari Raya nanti. Bukan je cantik, malah praktikal untuk melindungi juadah raya daripada lalat.

dekorasi hari raya

10. Pelita Raya Buluh Moden (Solar)

Kalau buluh tradisional ada, yang moden juga pasti ada. Buluh ini dikuasakan dengan kuasa solar untuk mengaktifkan cahaya buluh tersebut. Jimat, tak memerlukan bateri.

dekorasi hari raya

11. Karpet Bulu Shaggy

Karpet bulu bukan sahaja untuk dekorasi bilik tidur sahaja, untuk dekorasi Hari Raya juga boleh digunakan. Lembut dipijak, pasti jadi perhatian kanak-kanak yang datang bertandang.

12. Dekorasi Lampu Raya Bulan Bintang

Selain lampu kelip-kelip ketupat, lampu kelip-kelip berbentuk bulan dan bintang juga boleh menjadi pilihan anda. Rumah pasti nampak meriah dengan adanya lampu kelip-kelip seperti ini.

dekorasi hari raya

13. Sarung Kusyen

Sarung kusyen juga memainkan peranan yang penting juga dalam sesuatu dekorasi rumah ini. Elok tukar kan yang baru apabila menjelang Hari Raya nanti. Sekali-sekala kita tukar sarung kusyen tak ada corak kepada bercorak supaya ruang tamu nampak ceria dan ready untuk menerima tetamu.

14. Langsir Raya Semi-Blackout 

Langsir ini juga popular kalau anda ingin hiaskan untuk dekorasi Hari Raya anda. Yang ni anda boleh pasang langsir jenis eyelet untuk nampak kemas, atau untuk gaya yang evergreen, pastilah langsir french pleat menjadi pilihan.

15. Alas Meja 

Alas meja juga hiasan hari raya yang penting jika ingin membuat meja anda nampak elegan dan mewah. Dah bosan hari-hari pakai alas meja sama, masa hari raya inilah kita tukarkan kepada alas meja yang baru.

Sumber : Shopee Malaysia & Lazada Malaysia

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down