Idea Deko Ruang Tamu Rumah Guna Wainscoting Fiber

2,855 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Penggunaan wainscoting pada dinding rumah seringkali disifatkan sebagai satu cara terbaik bagi menjadikan dinding yang suram dan kosong lebih kelihatan menarik dan ceria.

Hal ini kerana, corak wainscoting yang dihasilkan pada dinding tersebut cukup memainkan peranan dan mampu mengubah suasana rumah dari kelihatan biasa kepada luar biasa mengikut kreativiti yang ada pada pemilik rumah itu.

Seperti yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Ariff Slam Alcantara. Beliau telah menghasilkan satu dekorasi pada ruang tamu rumahnya dengan hanya menggunakan wainscoting fiber dan cermin lots sahaja.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikuti di bawah ini.

Idea Deko Ruang Tamu Rumah Guna Wainscoting Fiber

Hasil penat lelah selama 2 hari dengan dibantu budak kecik (bantu mengacau)

Alhamdulillah, siap juga walaupun taklah sehebat design wainscoting dari otai.

Masih lagi belajar mendeco.

Bahagian dinding tersebut mula dipasang wainscoting.

Idea Deko Ruang Tamu

Kayu wainscoting itu dilekatkan dengan gam Xbond terlebih dahulu sebelum ditampal pada dinding.

Idea Deko Ruang Tamu

Walaupun masih belum siap sepenuhnya, pada bahagian atas itu telah meletakkan cermin terlebih dahulu.

Idea Deko Ruang Tamu

Bagi memastikan ianya selari dan tidak senget. Boleh gunakan laser pengukur seperti dalam gambar di bawah ini.

Idea Deko Ruang Tamu

Hasil dinding ruang tamu setelah pemasangan wainscoting selesai dilakukan.

Idea Deko Ruang Tamu

Si cilik ini pun nak juga masuk dalam gambar. Jadi, beliau jadikan anak itu duta cilik wainscoting rumahnya.

Idea Deko Ruang Tamu

Pada bahagian ruang bawah tangga pula, beliau hasilkan wainscoting cermin dengan menggunakan cermin lots sahaja.

Idea Deko Ruang Tamu

Gambar dari sudut pandangan berbeza. Untuk jarak antara frame ini terpulang pada citarasa tukangnya. Tetapi, ada kiraannya yang biasa digunakan iaitu jarak yang biasa digunakan oleh tukang-tukang profesional.

Namun, berdasarkan apa yang dihasilkan oleh beliau ini, beliau berkata, jarak tersebut boleh ikut citarasa masing-masing. Jika rapat sangat tak cantik juga. Kalau mirror frame itu jaraknya 3 inci, yang frame besar itu pula jaraknya perlu 1 kaki.

Idea Deko Ruang Tamu

Inilah keadaan ruang tamu rumahnya dari pandangan menyeluruh.

Idea Deko Ruang Tamu

Pandangan dari arah dinding yang dipasang wainscoting tersebut.

Idea Deko Ruang Tamu

Sangat menarik dekorasi rumah yang dihasilkan dengan menggunakan wainscoting dan cermin sahaja pada dinding.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down