Jika anda mempunyai ruang tamu memanjang, maka tugas anda adalah menjadikan ruang tamu tersebut kelihatan lebih luas dan teratur tanpa mengganggu laluan pada ruang tamu rumah anda. Secara amnya, deko ruang tamu memanjang adalah sangat unik dan tidak mudah untuk memastikan dekorasi untuk ruang tersebut menjadi lebih menarik.
Namun, anda boleh merujuk perkongsian daripada kami tentang bagaimana cara untuk deco ruang tamu memanjang dan kami ada sediakan juga beberapa inspirasi ruang tamu memanjang di Malaysia.
Untuk menjadikan ruang tamu anda lebih sistematik, jarakkan semua perabot daripada dinding walaupun beberapa inci dan letakkan pada tengah-tengah ruang tersebut. Hasilnya anda akan dapati ruang tempat duduk lebih selesa dengan dua laluan yang sempit pada kedua-dua sisi ruang duduk.
Alihkan semua perabot pada satu dinding dan pastikan terdapat satu ruang untuk laluan yang straight tanpa perlu membelok ke kanan atau kiri. Kesannya adalah ruang duduk anda tidak akan terganggu dan mudah untuk orang lain lalu.
Gunakan meja kopi yang bulat atau ottoman bulat di tengah-tengah tempat duduk hilangkan garis yang mendatar. Anda juga boleh letakkan meja sisi bulat kecil pada sebelah kerusi dan sofa. Selain itu, jam atau karya seni yang bulat juga merupakan hiasan dinding akan memberi ilusi kepada mata untuk melihat selain daripada garis lurus.
Boleh guna permaidani atau karpet yang bulat untuk menarik mata ke lantai dan menjadikan ruang nampak lebih luas dan tidak terlalu memanjang.
Salah satu cara lain untuk mencipta laluan adalah dengan dengan menyusun atur atau membeli tempat duduk atau sofa bentuk L atau bentuk U. Ia berfungsi dengan baik jika anda mempunyai ahli keluarga yang ramai.
Untuk deko ruang tamu memanjang, anda boleh bahagikan kepada dua ruang. Sebagai contoh, satu hujung pada ruang tamu dijadikan tempat menonton televisyen atau bersantai dan satu hujung lagi dijadikan ruang makan. Anda boleh jadikan sofa untuk menonton televisyen sebagai pembahagi antara dua ruang tersebut.
Nak asingkan ruang santai dengan ruang menonton televisyen? Mestila boleh. Anda boleh bahagikan ruang tamu tersebut kepada dua ruang iaitu satu untuk ruang santai dan satu lagi untuk ruang menonton televisyen.
Untuk memecahkan ruang yang mendatar, anda boleh tambahkan rak buku atau sesuatu yang tinggi. Ia akan menggerakkan mata anda ke atas. Selain itu, anda boleh juga gantungkan langsir yang tinggi dari siling ke lantai dan sebaiknya jalur yang menegak untuk mencipta ilusi ketinggian.
Kesimpulannya, tak rumit pun nak dekorasi ruang tamu memanjang ini. Anda boleh jadikan ruang tamu memanjang ini lebih menarik dan selesa. Jadikan ruang tamu memanjang ini sebagai kelebihan untuk anda dengan memastikan ia sentiasa kemas dan laluan tidak terhalang oleh benda-benda lain seperti mainan dan sebagainya.
Samoga bermanfaat!