Kelebihan Membuat Sistem Air Simpanan Pada Bahagian Rumah

793 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap rumah di Malaysia ni rasanya dah boleh dah ikuti perkongsian daripada Fuad R Be untuk membuat satu sistem air simpanan ini. Apakah maksud sistem ni? Sistem air simpanan ini adalah untuk menyimpan air tambahan dan boleh digunakan sekiranya berlaku berkalan air terputus dirumah.

Sistem ini sesuai untuk tempat yang selalu terputus bekalan air. Apabila tiada air ni sudah semestinya adanya air tambahan dengan adanya sistem air simpanan ini. Sungguh berguna dan terbaik sistem sebegini. Berminat untuk diy simpan sebegini?

Boleh ikuti perkongsian daripada Fuad R Be ini untuk setupkan sistem air simpanan ini dirumah. Sistem ini memerlukan bahan-bahan yang banyak namun berguna jika semuanya dapat dilakukan.

Kelebihan Mempunyai Sistem Air Simpanan Untuk Mengelakkan Masalah Kerap Terputus Bekalan Air

"Automated waterpump system"

Aku pernah share projek ni kat group lain. Mungkin ada yang pernah nampak. Share semula untuk rakan2 kaki diy, kalau2 ada yang berminat nak buat sistem air simpanan macam ni juga. Satu projek yang aku sangat gembira dengan hasilnya (nak kata syok sendiri pun xpe, janji puas hati).

Tercetusnya projek ni sebabnya aku kebetulan duduk kat negeri yang kerap terputus bekalan air (sekarang dah kurang), ada masa sampai berhari2. Asalnya aku cuma beli satu tangki storage, dan manually pump air tu ke tangki utama. Tapi kaedah tu macam memenatkan dan tak efektif. Tambah pulak aku pakai pump kat tingkat atas (dalam roof attic), bila tangki kering sblm smpt aku pump air dari bawah, akan berlaku "air lock" dalam sistem dan makan masa nak buang angin dalam paip tu.

Pump dalam roof attic tu gunanya untuk supply air kepada 3 bilik air utama (centrifugal pump 0.5hp, untuk beri pressure air yang selesa kepada 3 showerhead size 10". Maka terhasillah sistem yg aku rasa sgt membantu aku. Aku sharekan utk panduan kepada rakan2 yang berminat nak diy.

Panduan Untuk Mereka Inginkan Sistem Simpanan Air Ini

Demikian sharing aku pasal automated pump system yang aku diy ni. Keseluruhan sistem ni aku buat sendiri, sorang2 berbekal ilmu yang tak seberapa.

Tapi ada beberapa note berkaitan tangki & pump yang aku rasa perlu share juga, just sebagai rujukan & panduan semua.

1. Sistem tangki air simpanan macam ni tak sesuai untuk kegunaan singki dapur (kecuali pakai food grade tank). Sebabnya dalam tangki akan wujud satu sedation (mendapan) kotoran yang menyebabkan mold & bakteria. Sebab tu juga, menurut undang2, supply air ke sinki dapur perlu diorang daripada bekalan direct, tak boleh daripada tangki.

Untuk jangka masa panjang, sangat hazardous kepada kesihatan. Kalau terpaksa juga guna, contoh memang bekalan direct terputus, masak lah dulu air tu untuk apa2 kegunaan, waima untuk basuh sayur. Konsep yang sama juga apply kepada water filter yang kita guna. Lebih baik tak pakai water filter daripada pakai tapi tak maintain dengan baik. Kalau gagal maintain water filter dengan baik, tu umpamanya kita memang sengaja menternak bakteria.

2. Jangan guna pump pada direct supply. Kesian kat orang yang takde pump nak2 yang duduk hujung2 kampung, dapat titisan air je la terutamanya waktu puncak dan musim perayaan.

Sistem Simpanan Air

Ni diagram yang aku buat untuk bantu pemahaman semua. Please note that i'm not a prefessional in this field, so diagram pun aku buat ikut suka hati, janji boleh buat rujukan masa akan datang.

Sistem Simpanan Air

Ni switch kawalan kepada pump. Kena rujuk diagram untuk bantu pemahaman.

A - Auto mode

Dlm mode ni, pump akan dihidupkan secara automatic utk supply air ke tangki utama bila kedudukan 'electric float switch' berada di paras rendah (water level low). Power supply pump akan dimatikan secara auto bila float switch berada pada paras tinggi (water level high). Dlm mode ini, peripheral pump kerjanya hanya supply air kepada tangki utama sahaja, bukan kepada keseluruhan sistem paip rumah.

M - Manual mode

Dlm mode ini, regardless di mana kedudukan float switch, pump akan dihidupkan. Dlm mode ini jugak, satu solenoid valve akan terbuka dan memberi supply air kepada keseluruhan sistem air dlm rumah, termasuk singki dapur. Kenapa aku sebutkan pasal sinki dapur tu nnt aku akan terangkan kemudian.

0 - Pump off (no power supply)

Ni rupa bentuk kedudukan pump, piping & wiring.

Ini adalah 3 pole CAM switch yang mengawal power supply kepada pump & salenoid valve. Dengan hanya guna CAM switch ni, aku berjaya mengelak daripada keperluan untuk buat electronic circuit board untuk kawal pump.

Sistem Simpanan Air

Ni solenoid valve 220v. Dalam keadaan tanpa power supply, solenoid ni akan tertutup dan menghalang air ke dlm sistem paip selain ke tangki utama (Auto mode). Manual mode pulak akan menyebabkan solenoid valve ni terbuka.

Stopcock putih tu pulak utk kawal kemasukan bekalan direct ke tangki utama. Walaupun aku dah buat sistem automated pump, aku masih allow direct supply utk ke tangki utama. Stopcock tu aku akan tutup dalam sebulan sekali, utk 'memaksa' air dlm storage tank dihantar ke tangki utama. Keadaan air statik dlm storage tank, kalau tak diguna akan lebih cepat menternak bakteria

Sistem Simpanan Air

Ni laluan electric float switch ke tangki utama.

Ni peripheral pump untuk supply air daripada storage tank. Pump jenis ni tak sesuai untuk shower sebab pressurenya tak cukup kuat, tapi cukup sesuai untuk pump air ke aras lebih tinggi.

Letak cover skit sbb pump ni dok luar rumah.

Ni masa kerja2 hacking untuk tap paip ke tangki. Kat sini aku install 2 no-return valve/check valve untuk halang air daripada pump backflow ke dalam direct supply, dan halang air direct backflow masuk ke dalam pump. Kalau tak pakai check valve ni jugak, kita mungkin akan menjadikan flow air tu pada keadaan endless loop (berpusing2 pada satu kitaran - umpama macam air dalam mesin basuh masa berpusing). Kata lainnya check valve ni akan pastikan flow air tu bergerak ke satu arah sahaja.

Ni tangki air lama. 100 gelen. Manual supply ke tangki utama.

Ni tangki baru. 400 gelen, efective usage 300 gelen. Ni saiz paling besar aku jumpa utk PE tank jenis slim & tall (brand deluxe)

Utk jenis tangki, ada 3 jenis tangki yg selalu orang guna untuk household application.

1. PE & fiberglass tank - tank paling murah, kekurangannya tangki ni ada keluarkan residue chemical dan juga prone utk wujudkan mold & bakteria. Jadi kena cuci utk certain waktu kegunaan. Klu nak pakai tank ni at least kena cari yg SPAN certified

2. Stainless steel tank - lebih tahan kpd ancaman bakteria tp harga lebih mahal

3. Ceramic nano / food grade tank - selalunya org guna utk supply air ke dapur sbb sifatnya yg mmg kalis bakteria. Tank ni selalunya x besar, dlm 100 gelen je. Sangat mahal. Sapa guna tank ni utk buat supply air shower, mmg kaya betul la. Umpama siram duit masa mandi. Klu pernah terperasan, jika pergi mana2 McDonald's, akan nampak tangki jenis ni. Mereka guna utk simpanan air kegunaan kitchen utk pastikan kualiti air terjaga utk masakan.

4. Klu untuk industri besar, banyak lagi jenis2 tangki yang ada macam FRP panel etc, tapi tu out of discussion.

Sistem Simpanan Air

Ni contoh electric solenoid valve 220v. Valve ni sama dgn yg ada kat mesin basuh utk kawal intake air masuk.

Ni plak float switch. Harga bergantung kepada panjang cable tu. Tp kalau tak cukup panjang pun boleh smbung je. Janji jangan smbung kat dalam air.

Ni brass no-return valve/check valve. Kalau dulu cuma anda jenis swing flap, tapi sekarang banyak jual yang jenis spring loaded. Lebih tahan karat.

Kredit : Fuad R Be

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down