Menjelang pembukaan persekolah pada tahun ini, rasanya masih ramai ibu bapa yang agak kekok dan tidak tahu cara untuk melekatkan lencana dan tag nama pada baju sekolah anak dengan betul dan tahan lama. Lagi-lagi apabila anak mereka baru sahaja memasuki darjah satu.
Kalau dahulu ketika kita ingin memulakan persekolah, ibu bapa kita yang tolong lekatkan dan jahit lencana sekolah. Kini, tibalah giliran kita pula untuk menjalankan tugas sebagai ibu bapa buat anak-anak.
Terdapat beberapa cara untuk menampal lencana sekolah anak. Cara yang paling berkesan dan tahan lama adalah dengan menjahit sendiri lencana tersebut ataupun mengupah tukang jahit jika tidak pandai menjahit.
Namun, terdapat satu lagi cara yang cukup mudah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa sekiranya tidak berkemampuan untuk pengupah tukang jahit. Jadi, untuk mengetahui cara tersebut dengan lebih lanjut, boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Benda kecil sahaja untuk dikongsi.
Sekadar idea pada mereka yang tak berkesempatan menjahit dan nak berjimat cermat dari upah orang jahit lencana dan nametag baju anak.
Gam kasut ini dibeli dari kedai Eco.
Caranya cukup mudah, gam disekeliling dan tengah lencana itu.
Kemudian, gosok bahagian depan dan belakang.
Gosok sehingga gam kering.
Beginilah hasilnya. Peace yo! Selesai lekatkan lencana pada baju sekolah anak.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga idea dan cara lekatkan lencana ini dapat membantu ibu bapa yang mahu berjimat tanpa perlu mengupah tukang jahit.
Selamat mencuba.
Kredit: Ahmad Syahril Mohd