Tak semua orang mampu untuk memiliki rumah baru. Hal ini kerana, kebanyakan rumah sekarang harga sangat mahal terutamanya rumah landed. Oleh itu, salah satu pilihan yang ada adalah dengan membeli rumah subsale sebagai rumah pertama anda.
Perkara ini dilakukan oleh sepasang suami isteri yang membeli rumah subsale sebagai rumah pertama mereka di Puncak Alam. Punca pasangan ini terdetik untuk membeli rumah ini kerana kebanyakan rumah subsale di Shah Alam lebih murah berbanding di kawasan lain.
Melalui akaun Tiktok HalJr, beliau ada berkongsi proses beliau makeover rumah subsale 2 tingkat yang dibeli. Asalnya rumah tersebut berharga RM320k. Total kos untuk renovate rumah RM100k lebih.
Beginilah keadaan asal rumah semasa beli.
Ini pula gambar-gambar semasa dan hasil selepas makeover. Cantik sangat. Terus nampak modern dan mewah.
Begitulah kisah yang dikongsi oleh HalJr berkaitan proses beliau makeover rumah subsale yang dibeli sebagai rumah pertama beliau. Semoga dapat memberi inspirasi kepada orang muda yang ingin membeli rumah baru.