25 Perkara Yang Perlu Dipastikan Sebelum Membina Rumah Di Atas Tanah Sendiri

136 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bagi mereka yang bercadang dan merancang untuk membina rumah di atas tanah sendiri, terdapat banyak faktor yang perlu diketahui terlebih dahulu dengan jelas sekiranya tidak mahu menyesal di kemudian hari.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh seorang lelaki yang bernama Khairul Lizam Che Ideris di laman Facebook miliknya. Seperti yang kita tahu, pada luarnya nampak begitu mudah dan senang sahaja untuk membina rumah dengan hanya sekadar mengupah kontraktor dan tunggu rumah selesai dibina.

Namun, sebenarnya cara sedemikian salah dan boleh membawa penyesalan seumur hidup buat kita sekeluarga. Jadi, untuk mengetahui cara yang betul sebelum membina rumah, boleh teruskan bacaan dengan lebih lanjut di bawah ini.

Perkara Yang Perlu Dipastikan Sebelum Membina Rumah

Perkara Asas:

1. Ada jalan keluar masuk, kalau tapak rumah dalam kawasan taman, lagi elok.

2. Ada bekalan atau laluan paip air ke tanah kita, kalau belum ada, kena mohon dan ada penambahan kos.

3. Ada bekalan elektrik (TNB).

4. Tangki kumbahan dan tangki overflow buat tanam di bahagian tepi atau depan, senang lori datang nak sedut keluar setiap 10 ke 15 tahun nanti.

5. Tambun tanah rumah dan keseluruhan kawasan rumah 2-3 kaki lebih tinggi daripada tanah orang lain.

6. Lantai rumah pula tinggi 2-3 kaki dari tanah. Rumah akan kelihatan bertambah tegap dan menarik.

7. Tinggi siling dari lantai paling kurang 11 sqft pada tingkat bawah dan 9 sqft pada tingkat atas. Rumah akan nampak lebih tegap dan sado dari luar serta aliran udara dalam rumah lancar, tak panas.

8. Perlu sentiasa melawat tapak projek. Hari-hari datang lagi terbaik. Jangan datang tangan kosong, bawa la makanan dan minuman, bina rapport dengan semua tukang rumah, barulah kerja menegur tambah senang.

9. Pastikan wireman guna barang yang tahan lama dan berkualiti, bukan setakat lepas Sirim.

10. Buat bilik dobi. Percayalah, memang sangat berbaloi.

11. Cat dalam dan cat luar adalah berbeza. Guna cat yang sesuai, jangan semberono je. Cat kalau boleh jangan guna warna-warni. Guna cat yang berasaskan warna tanah,daun atau alam. Warna yang disarankan adalah coklat, jingga, kelabu dan hijau.

12. Perlu ada ruang stor tempat meyimpan barang.

13. Perlu ada car porch.

14. Setiap bilik perlu ada akses ke bilik air.

15. Bagi yang suka buat kenduri, pastikan ada tandas dan bilik mandi di luar rumah untuk tetamu. Selain itu, kalau ada family gathering. kolam mandi dan soopa duupa di luar rumah lebih memudahkan kanak-kanak nak akses ke bilik air.

25 Perkara Yang Perlu Dipastikan Sebelum Membina Rumah Di Atas Tanah Sendiri
Gambar dari Khairul Lizam Che Ideris

Dari Segi Aksesori:

16. Table top di dapur ikut keselesaan isteri kita atau orang gaji.

17. Susun letak ketinggian sinki dan table top dapur mengikut kemahuan isteri. (Hal seperti ini jangan dibuat main tau!)

18. Soket peti ais, mikrowave, coway dan lain-lain pastikan mencukupi.

19. Perlu ada blower fan di dapur.

20. Perlu pasang aircond siling, rumah akan nampak auto dan bertambah premium. (Bincang siap-siap dengan tukang rumah dan pomen aircond untuk kerja-kerja awal piping dalam dinding dan siling.

21. Perlu install sistem security ke seluruh bahagian rumah. Semua tingkap, pintu dan pintu siling pasang penggera. Bincang dengan tukang rumah dan syarikat alarm security untuk kerja-kerja awal sebab wiring jalan dalam dinding, kena wiring alarm sebelum proses pluster dinding lagi.

22. Perlu Install CCTV ke semua bahagian luar rumah. Proses sama seperti perkara 21.

23. Perlu Install loceng dalam rumah awal-awal sebelum proses pluster dinding.

24. Jangan lupa pasang sportlight. Paling kurang satu depan rumah dan satu belakang rumah. Sangat berguna pada saat diperlukan.

25. Gunakan semua kabinet jenis melekat dan build in. Rumah akan bertambah premium dan kemas. Ia dapat menjimatkan ruang dan rumah nampak lagi luas.

Kesemua aksesori ini wajib dibuat sebelum atau semasa pembinaan rumah. Kalau selepas rumah siap baru nak buat, sudah terlambat sebab akan makan kos lebih tinggi selain rumah jadi kurang cantik.

Berikut adalah penambahan tips dari beliau:

Cuma saya nak tambah, dulu masa rumah saya baru di peringkat melukis pelan, Allah ketemukan saya dengan seorang kontraktor otai di sebuah hospital.

Saya tanya apa aksesori yang jarang orang install kalau bina rumah sendiri?

Dia jawab, “gas piping”.

Rumah dia sendiri, tong gas dia berada di dalam sebuah lubang berpintu besi. Ruang itu terletak di depan rumah berhampiran pintu pagar. Muat la 4 biji tong dan ada paip gas bawah tanah yang disalurkan gas terus ke dalam dapur rumah dia.

Kebaikannya adalah pada tahap keselamatan. Boleh kata risiko tong gas meletup dalam rumah tidak akan berlaku dan tak perlu susah-susah angkat tong gas bawa masuk ke dapur, biar abang lori gas je yang tukar, kita perhatikan je dari dalam rumah. Tapi, saya tak install pun. Kurang bajet. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua pembaca di luar sana sebelum membina rumah.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down