Dah ramai yang membuat halaman rumah mereka berlanskapkan sebuah halaman santai dengan rumput karpet. Sebab apa ramai guna rumput karpet? Sebab rumput karpet merupakan bahan yang ideal untuk digunakan dalam membuat sebuah lanskap rumah.
Khamdiah Khodari juga tidak ketinggalan dalam misi beliau membuat sebuah halaman rumah santai dihiasi dengan rumput karpet premium. Menurut beliau, segala penat lelah yang dilakukan oleh beliau akhirnya berbaloi selepas melihat hasil akhir yang dilakukan ini.
Untuk pengetahuan anda semua, kos untuk membuat halaman rumah santai cantik sebegini memakan kos sebanyak RM3700. Jumlah yang banyak namun ianya berbaloi berbanding mengupah orang yang mungkin caj harga lebih mahal.
Misi mencantikkan halaman rumah santai. Simpan sini buat kenangan. Memandangkan pkp ni tak nampak bayang nak habis so saya pulun jugak siapkan landskap halaman rumah ni bagi merawat kekecewaan tak dapat balik kampung. Dah banyak bulan dah tak balik kampung .
Korang yang dah tepu otak duk rumah tu boleh la try buat. Tak ade tanah buat katt balkoni pun tak de hal. Tak ada balkoni buat depan pintu masuk pun ngam je. Bak kata big bos, kita buat dia bukan dia buat kita. Ok, nak buat ni melibatkan beberapa fasa.
Fasa-Fasa Dalam Melakukan Proses Halaman Rumah Santai
Proses Dalam Mencantikkan Halaman Rumah Santai Pada Waktu Lapang
Masa ni dah siap clearkan tanah tinggal nak angkut tanah tu buang.
Ni sempat pasang weetmat separuh je sebab start pasang dah lewat dalam jam 6 petang camtu. Sebab dah tak sempat siapkan saya sambung esok paginya.
Dah siap pasang weetmat. Masa ni pulun siapkan bwh terik matahari smpai burn muka.
Proses nak buat mini landskap. Saya letak tanah hitam untuk bunga hidup dengan lebih baik. Bunga dalam gambar ni la bunga Angelonia. Ada macam-macam warna tapi saya pilih warna pink.
Tengok anak happy dapat santai even tak siap touch up lagi. Longkang tu tutup siap dengan drain cover so selamat untuk budak-budak main lari.
Tadaa. Dah siap mini landskap. Bunga purple kat tepi2 tu bunga Exacum.
Jaring kat pagar tu je yang mencacatkan pandangan sikit. Pasang sebab tak nak bagi kucing kami keluar pi merayap rumah jiran tapi tak cukup pula.
Utk bahagian tangki kumbahan tu kena potong rumput tu separuh siap2. Next time kalau nak buat maintainance ke senang. Selak je.
Hasil Akhir Selepas Misi Berjaya Dalam Membuat Halaman Rumah Santai Ini
Masa ni actually dah dekat seminggu mencangkul tapi takat situ je la mampu sampai. Punyalah terkedek2. Pelan2 kayuh akhirnya siap jugak.
Kredit : Khamdiah Khodari