Modify Cermin Lots IKEA Hasilkan Grand Mirror Bentuk Diamond

397 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Penggunaan Grand Mirror pada bahagian dinding ruang tamu rumah sudah tidak asing lagi pada masa kini. Hal ini kerana, deco rumah dengan menggunakan konsep seperti ini mudah untuk dihasilkan tanpa perlu mengupah orang, buat secara DIY pun boleh je tau.

Bagi menjadikan ruang makan kelihatan menarik, apa yang penting adalah kreativiti kita dalam menghasilkan gaya deco yang dimahukan. Itulah yang dilakukan oleh lelaki ini bernama Awall Din. Beliau telah melakukan sendiri modify cermin lots IKEA bagi menghasilkan grand mirror bentuk diamond pada ruang makan miliknya.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti deco ruang makan dengan cara DIY yang cukup menarik ini.

Modify Cermin Lots IKEA Hasilkan Grand Mirror Pada Ruang Makan

Salam. Kita tunaikan hajat orang rumah.

Asalnya nak pakai bevel diamond untuk wall mirror itu. Tapi harga agak kayangan boleh cecah 4 angka. Jadi, untuk tak menghampakan, kita modify saja la lots mirror IKEA ni buat jadi bentuk diamond. Jimat Banyak duit, order saja dari Shopee.

Jadi, semua modal dalam Rm200 ke atas.

Cuma nak kena potong cermin itu 8 keping untuk dapat saiz segitiga bahagian keliling frame. 

  • Saiz ruang - 4 kaki x 7 kaki
  • Frame wainscoting 4cm.

Jenis cermin yang digunakan adalah cermin lots IKEA 30cm x 30cm. Jumlah 30 keping.

Grand Mirror

Cermin ini dibeli dari Shopee.

Untuk gam pula, gam yang digunakan adalah jenama Vital Nails yang khusus untuk wainscoting.

Grand Mirror

Cermin dipotong dengan menggunakan glass cutter.

Grand Mirror

Proses pemotongan telah selesai. Cermin dibelah dua hasilkan bentuk segitiga.

Grand Mirror

Cermin dilipat supaya mudah untuk diasingkan.

Grand Mirror

Selepas itu, letak gam Vital Nails pada bahagian belakang cermin tersebut.

Grand Mirror

Selepas disapu gam dan menampal masking tape, cermin sedia untuk dilekatkan pada dinding.

Grand Mirror

Cermin segitiga itu mula dipasang pada bahagian dinding.

Grand Mirror

Anda perlu tape kan dengan masking tape bagi menyokong cermin tersebut supaya tidak jatuh.

Grand Mirror

Cermin tersebut sudah hampir siap dipasang.

Grand Mirror

Proses pemasangan cermin telah selesai dilakukan. Proses seterusnya adalah dengan memasang bingkai wainscoting pada cermin.

Grand Mirror

Inilah hasil selepas selesai dilakukan projek DIY.

Grand Mirror

Gambar lebih jelas cermin utama setelah projek DIY selesai dilakukan.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down