Mop Karpet Menggunakan Air Panas Supaya Nampak Baru

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kebiasaannya kita dengar hanya lantai yang perlu dimop supaya bersih dan berkilat. Namun, masih ramai yang tidak tahu bahawa karpet atau permaidani juga boleh dimop supaya nampak bersih dan tampak seperti baharu.

Kali ini, Giler Deco akan berkongsi tips mop karpet menggunakan air panas oleh Syarifah Farhana Syed Fadzil.

 

Siapa yang pernah mop karpet?kelakar kan mop karpet? Fana tahu karpet boleh mop daripada sorang maid ni, bila dia mop karpet, Fana tanya dia (karpet boleh mop ya?) iya boleh la puan kasi habuk nya nyah, biasa lepas vakum pasti ada habuk dan kuman).
So, dari situ Fana belajar setiap seminggu sekali Fana mop semua karpet yang ada dalam rumah, semput jugak macam nak tercabut jantung kak pana.tapi lepas mop tu korang akan rasa macam karpet baru yang bersih bebas kuman parasit bagai.

Bahan-bahan yang digunakan :

 

  • 1 periuk/cerek air panas
  • 2 sudu makan garam
  • 1 penutup cecair pembasmi kuman Dettol

May be an image of indoor

Cara-cara bersihkan karpet menggunakan air panas :

 

May be an image of 1 person and indoor

  1. Didihkan air dalam periuk atau cerek. Paras air agak-agak mop boleh tenggelam.
  2. Setelah air mendidih, angkat dan curahkan ke dalam baldi mop.
  3. Masukkan dua sudu garam dan satu penutup Dettol.
  4. Perah mop sehingga tiada air menitik dan bole mula mengemop.

 

Kalau dapat beli la mop baru yang putih gebu khas untuk karpet sahaja, Fana beli kat Eco jek RM4. Kalau dapat la kan jangan campur mop yang kita duk mop lantai eh.

P/s: masa mop sambil berzumba tu korang kena tenyeh-tenyeh sikit dekat karpet itu, nanti dalam air mop korang nampak la betapa cafe lattenya air mop korang.

Kepada anda masih belum cuba mop karpet menggunakan air panas, bolehlah cuba tips ini. Itu sahaja perkongsian Giler Deco pada kali ini. Selamat mencuba. Semoga bermanfaat!

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down