Penggunaan dekorasi dinding yang berkonsepkan kayu dan PVC cukup digemari oleh pemilik rumah pada masa kini. Hal ini kerana, pemasangan dekorasi dinding seperti shiplap dapat membuatkan bahagian dalaman rumah kelihatan wow dan ceria.
Selain itu, sebab kenapa ia sangat diminati adalah kerana harganya cukup mampu milik dan boleh dipasang sendiri dirumah. Apa yang lebih menarik lagi, pemasangan dinding shiplap ini juga boleh dilakukan oleh golongan perempuan jugak tau1
Itu yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Erni Yusliza Othman. Beliau telah menghasilkan projek pemasangan shiplap wall pada ruang ke dapur dengan konsep yang cukup kelihatan menarik.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.
Nak kongsi juga hasil kerja saya sendiri. Dari ukur luas dan tinggi dinding, order shiplap, pasang dan potong, beli cat hingga mengecat, semua buat sendiri.
Terasa kagum jugalah, tak sangka boleh buat.
Bahagian dinding semasa dalam proses pemasangan dinding shiplap.
Bahagian dinding setelah selesai dipasang dinding shiplap.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.